Popular Posts

Wednesday, August 10, 2011

Sarung Ketupat, Semperit

     Membaca komen blog hassny, saya fikir apa yang dikatakannya itu benar.  Belajar membuat ketupat ini memerlukan kesabaran serta komitmen yang tinggi serta latihan berterusan.  Kita kena sabar sebab pembelajaran ini memerlukan sedikit masa untuk kita mahir.  Setakat satu malam belum boleh dapat lagi.  Kadang-kadang dah habis daun kelapa jadi sarung ketupat, kita masih belum mahir membuatnya.  Tu belum lagi kalau kita dapat guru yang mudah panas.  Asyik kena marah aja.  Tapi saya tak.  Sebab yang mengajar saya Kak Long.  Kita juga perlukan komitmen yang tinngi; yakni 'telaten' kata orang Jawa.  Tak mudah jemu.  Kalau tahun ni kita dah dapat.  Masa puasa tahun depan kena belajar lagi sebab kita dah lupa.  Itu sebab kita perlukan latihan berterusan supaya kita mahir.  Kata orang Cina 'Saya lihat saya nampak, saya dengar saya lupa saya buat saya tahu'.  Begitulah lebih kurang bunyinya.  Kalau saya salah, mungkin rakan saya Tee Jia Siew atau Stephanie boleh betulkan.
Stephanie
Jia Siew bersama Nur Farah Dilla (kanan) dan Nurul Atiqah (kiri)
 
       
Kak Long bersama anaknya yang keempat
     Bagi saya, yang mengajar saya buat sarung ketupat ialah Kak Long.  Dia tak pernah marah.  Tapi dia selalu keliru serta tak pasti sama ada yang saya anyam itu betul atau tidak.  Oleh itu, dia perlu duduk sebelah saya, bukan berhadapan, supaya dia nampak apa yang saya buat adalah sama dengan apa yang dia lakukan.  Sekarang, saya boleh menganyam sarung ketupat bawang sahaja.  Alhamdulillah walau pun cuma satu jenis sahaja berbanding Hj Hassany yang handal menganyam sarung ketupat bawang dan bantal. 
Kelongsong ketupat
  
     Tiga benda yang saya dapat belajar daripada emak ialah membuat semperit (wisel), jam tangan dari penyapu lidi daripada daun kelapa. 
Semperit (Wisel) daripada daun kelapa muda
Penyapu lidi
      Sekarang, dua orang daripada anak saya menunjukkan keinginan untuk belajar.  Dah hampir dapat tapi daun dah habis.  Kena tunggu tahun depan.  Sampai tahun depan, dah lupa.  Kena belajar semula dari awal. 
     Sekarang yang lebih mudah, beli sahaja di pasar atau desa raya atau gerai tepi jalan yang dah siap anyam.  Baru 20 sen satu...

4 comments:

hassny said...

Sekarang ni ramai yang beli ketupat segera aje...ketupat Nona atau ketupat Adabi...cepat dan lembut, walaupun suatu ketika dulu ada pertikaian tentang sarung plastiknya mengeluarkan toksik apabila panas. Sebenarnya sekarang ni saya jarang-jarang dapat menganyam sarung ketupat berbanding waktu bujang dulu (masih duduk dengan emak). Bila dah berkeluarga sendiri, saya lebih banyak beli ketupat segera.....sebab masa dan tenaga kerja tak ramai (walaupun yang makan ramai). Kalau saya nak menganyam, saya ke rumah kakak tolong anyamkan untuk dia. Rumah kakak memang selalu buat sarung ketupat ori.....

myluv nurazreen said...

ohh ketupat...ketupat....mak saya memang gemar buat ketupat almaklum la org jawa...apabila raya memang xsah kalu xde ketupat..hah!kalu tang MEMBUAT ketupat jgn tanye sya..haha belajo banyak kali pon..xkan dapat..pening...pening....wahh cikgu Hassni pandai wat ketupat bawang n bantal???boleh ajar sya nie..hehe...jgn mara aaaaaa....

Borhan Mohamed Dali said...

Itu macam kaa. Untung Aji. Saya pula anyam sendiri lebih kurang 50 biji bersama isteri. Anak saya belajar. Kekadang dapat kekadang lupa. Ialah, setahun sekali. Rumah kakak saya jauh di Segamat noon, tak dapat nak tolong.
Ketupat segera pula akan digunakan pada ketika lain, contohnya bila pelajar2 Pra U datang beramai-ramai. Isteri masakan ketupat segera bersama rendang daging dan ayam, lodeh, sambal kacang, prghh...!

Borhan Mohamed Dali said...

Baik myluv belajar wat ketupat segera. Har har har...