Popular Posts

Showing posts with label hassny. Show all posts
Showing posts with label hassny. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Akademik Daya, Maktab Adabi Maharani

     Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut.  Sesungguhnya mereka yang terlibat secara langsung sama ada sebagai staf akademik dan bukan akademik (misalnya En. Bahrain bin Sidek - kerani) atau pun sebagai pelajar (ini yang ramai) tentu masih ingat lagi nama hebat itu kerana kedudukan dan cara pelaksanaan pengurusan yang saya lakarkan agak detail.

     Maktab Adabi Maharani adalah saingan sihat yang terletak di Jalan Khalidi (seperti yang pernah diceritakan oleh Pn. Hjh Mussalmah Musiran yang mana Tn. Hj. Md Nor salah seorang muridnya yang sangat meminati kelas Geografi beliau).  Sekolah Menengah Md Yasin pula (seperti yang ditulis Tn. Hj Hassny) terletak di Batu 1 1/4 Jalan Bakri; lebih kurang 200 meter selepas Sekolah Arab Sa'diah (juga kepunyaan Tn. Hj Mohd Yasin) belok kanan.  Institut Pendita pernah terakam dalam minda saya satu ketika.  Kalau tak silap saya ia juga terletak di Jalan Bakri.  Institut Maharani di Jalan Sulaiman.  Tentang Institu Halaman Cemerlang pula, saya tidak sedar akan kehadirannya.  Mungkin ketika itu saya jarang balik kampung.  Sedang berkhidmat di luar negeri (berkhidmat di Pahang, luar negeri Johor).
Sebahagian daripada Maktab Adabi Maharani

Maktab Adabi Maharani
Sekolah Arab Sa'diah di Batu 1 1/4 Jln Bakri masih ada hingga sekarang.
Sekolah Arab Sa'diah dilihat dari Jalan Hashim.
     Kalau Allah yarham Dato' Abdul Aziz Md Yasin mengiktiraf Muar sebagai 'the site of the intellectuals' saya tidak terkejut.  Mungkin ramai anak Muar tidak sedar bahawa satu ketika dahulu terdapat sebuah Maktab Perguruan di Muar dipanggil 'DTC' (Day Training Centre).  Lokasinya di Tanjung atau Jalan Timbalan.  Barang kali bangunan kayu yang digunakan Sekolah Akademik Daya dulu adalah 'Day Training Centre'?  Saya teringat seorang rakan guru (Cikgu Zainon namanya) semasa saya membuat latihan mengajar di SK Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi Guru Pelatih di DTC Muar.

     Hidup BANDAR MAHARANI!



Monday, April 18, 2011

Ikan Pelaga?

     (Posting ini adalah respons kepada komen blog hassny mengenai artikel 'Penyanyir'.  ...seperti ditempat saya, budak-budak pancing ikan, tetapi bezanya ikan-ikan dijadikan hiasan malahan kadang-kadang dah dapat ditangkap dilepaskan semula ke dalam parit (tak faham kenapa budak2 kg saya buat begini). Sampai sekarang ini spesis ikan Haruan, Keli, Betik (Puyu) , Sepat dan ikan Pelaga masih ada di parit-parit keliling rumah saya....  Maaf kepada semua pembaca.  Akhir-akhir ini kureng benor posting.  Macam mana nak ku kuatkan semangatku untuk terus kerap menulis?  Oh my God, help me!)

      Hj Hassny bertuah sebab spesis ikan yang Hj sebut tu masih ada di parit-parit keliling rumah Hj.  Memang parit-parit yang saya pandang di kawas yang saya lalui (Parit Raja, Parit Amal, Parit Sakai... airnya memang masih cantik seperti duluan.  Memang sesuailah kalau air Parit Keroma masih lagi ada ikan-ikan yang Hj sebutkan.
     Sebaliknya di tempat saya.  Air Parit Mohamad tak secantik dulu, sejak ada nurseri di hulunya.  Parit Mohamad diempang supaya airnya bertakung dan disedut dengan mesin.  Airnya dah jadi hijau macam Increduble Hulk.  Air parit depan rumah pulak, pun dah tak secantik dulu.  Sekarang dah jadi parit kekotak konkirt.  Macam-macam sampah terdapat di dalamnya.  Sebut ajelah, pasti ada punya.  Selepas air surut waktu musim hujan, banyak sampah tersangkut di batang-batang paip.  Macam janggut Tok Jerumbai.  Rimas menengoknya.  Bebudak cari ikan pun dah tak kelihatan.  Sekarang, peranan itu telah diambil alih oleh Mat-mat Bangla.  Itupun tidak di semua tempat; cuma di persimpangan Parit Mohamad dengan parit tepi Jaln Bakri.  Mereka ni lebih advanced; guna pukat!
Parit Muhammad, ketika hampir banjir baru-baru ini.
    " ...malahan kadang-kadang dah dapat ditangkap dilepaskan semula ke dalam parit (tak faham kenapa budak2 kg saya buat begini)" Saya pun macam Hj jugak, tak faham.  Kalau tak nak ikan tu, kan lebih baik beri kepada yang mahu?  Hj ke, atau saya ke, ada juga faedahnya usaha tu.  Insya Allah dapat pahala lagi.  Kalau ikan dijadikan hiasan tu, memang lah.  Ikan emas, serta ikan yang cantik-cantik tu memang lawar dilihat melalui kaca akuarium.  Ada satu lagi tujuan, yakni buat pendiding.
     Abang saya dulu ikan puyu dimasukkan dalam telap, isi air.  Katanya supaya toyol tak masuk.  Dia rajin beri makan lalat yang telah ditangkap menggunakan penyapu lidi.  Ikan tu pun suka kat dia...  Yang selalu intai ialah kucing belang, sampai abang saya terpaksa tindihkan telap tersebut dengan papan.  Takut kucing ngap.  Malangnya, tragedi yang tak diingini berlaku juga pada suatu malam...
     Waktu pagi didapati telap ikan atas almari dah tergolek atas lantai papan.  Ikannya dah tak ada.  Kurang asyem punya kucing, kalau ku dapat ko...