Selepas sembahyang Tarawih di Surau Al Hadi Kg Batu 6 Bakri, seperti biasa jamaah menikmati hidangan kuih muih yang dibawa penduduk kampung mengikut giliran. Oleh kerana musim buah-buahan, antara makanan yang dihidangkan ialah pulasan.
Sambil makan, kami berbual-bual.
"Sekarang ni, pulasan banyak ye?" Shafie Doriat memulakan perbualan.
"Memang, melambak-lambak. Dulu sekejap tak ada, hampir pupus," saya bersetuju.
"Ya memang. Orang dah tanam balik," Hj Hassan mencelah.
"Sekarang, yang lama tak nampak, jambu gelas," seorang lagi rakan menyampuk.
"Rambai pun."
"Rambai tak laku."
"Kat kebun aku di Segamat, ada pokok rambai, bila buah, dipetik orang."
"Mintak izin tak?"
"Tak mintak. Tau-tau dah abis aje."
"Dalam pada tak laku, pun ilang jugek."
"Kat tempat saya kat Serom tu dulu, belakang masjid ada pokok rambai dua batang, besar," kata Shafie sambil menggayakan pokok sebesar dua pemeluk dengan tangannya.
"Orang dulu-dulu, tadarusnya lama. Lepas tadarus, panjat pokok rambai. Sanggup bawak naik lampu gas. Yang peliknya tak mati pulak."
"Tulah. Dia punya mentol kan kain aja yang dibakar. Pasal dah dibakarlah langsung terang. Dibuat daripada apa yek?"
"Nampaknya kilat macam sutera. Tapi tahan. Setakat lampu yang terkena benda, mentolnya tak kan terbakar, kecuali kalau dia yang tersentuh."
"Aku dulu pernah merasa guna lampu tu masa di Bukit Serok."
"Ada satu lagi, lampu yang cemeninya kat bawah. Engkau tak boleh letak atas lantai, kena sentiasa gantung..."
"Aku ada nampak, yang kat rumah engko tu ye?"
"Ya, yang itulah. Dia ada dia punya jarum. Kalau dah malap, usik jarum tu, terang balik..."
Isteri dan anak peremuan saya dah menunggu di kereta.
"Mintak diri dulu ye?"
"Ambik ler..."

3 comments:
Jiran saya ada tanam pokok Rambai, musim berbuah, berjuntai-juntai buahnya di celah dahan. Memang betul pun buah Rambai tak laku.....buahnya tak boleh ditelan, cuma kemam-kemam dalam mulut...rasai masam manisnya (kebanyakannya masam)....kemudian diludah keluar. Jiran tu pun dah tebang pokok Rambainya. Budak-budak sekarang entah kenal pokok Rambai atau tak agaknya....
Lampu gas pulak rumah emak saya gunakan waktu kampung belum ada elektrik. Waktu tu emak mengajar mengaji Mukaddam dan Al-Qur'an untuk budak-budak kampung sebaya saya. Ada 15 - 16 orang budak yang belajar. Jadi emak gunakan 2 set lampu gas di rumah untuk budak2 mengaji. Seronok tengok emak mengepam lampu gas sehingga terang benderang rumah kami.
Yah, memang pun. Ayah saya dulu, dia yang pam, dikepit antara dua kaki. Saya pun pernah guna, masa di Bukit Serok. Tapi dia ni kuat makan minyak, tak macam pelita. Guna sikit aje. Yalah, pelita tu apinya malap. Tak macam lampu gas. Sekarang, ingin nak beli lampu gas satu simpan kat rumah, tapi tak nampak kat kedai.
Emak Hj dulu ajar budak-budak ngaji? Wah, bagus tu. Berkat hidupnya. Mak dan ayah saya ajar anak-anak sendiri. Pun bagus juga. Menurunkan ilmu yang memberi manfaat. Selagi budak-budak tu baca qoran, Insya Allah, yang ajar mereka dulu tu pun dapat. Kalau budak tu ajar anak dia, pun dapat sehinggalah hari qiamat.
Ya Hj Borhan...emak saya mengajar budak-budak mengaji dulu. Sayapun belajar dengan dia sampai khatam. Sekarang saya pulak ajar semua anak-anak saya. Harapan saya agar anak-anak saya dapat ajar anak-anak dia nanti.....begitulah seterusnya.
Post a Comment