Popular Posts

Thursday, June 16, 2011

Pesawat Saudia Airlines

   
Di Lapangan Terbang Colombo, pekerja Imigresyen wanitanya lemah lembut, senyum.  Pakaian seragam mereka; sari, menampakkan sebahagian daripada anggota badan.  Tapi saya tak berani nak ambil gambar, takut tak jadi.  Yang lelakinya baik hati.  Bila seorang daripada mereka melihat kami nak ambil gambar kami berlatar belakangkan pesawat Saudia Airlines, dia menawarkan diri untuk membantu.  Saya berbesar hati atas kebaikannya, malangnya dia tak berapa pandai ambil gambar.
Pesawat Saudia Airlines tak berapa kelihatan, mungkin sebab keadaan yang sangat terang di luar.

     Kapal terbang Saudia Air ini jenis Boeing 777, lebih besar daripada Cathay Pacific yang saya naiki sebelum ini..  Bagi kelas ekonomi, jumlah tempat duduknya ialah sepuluh sebaris.  Tiga di kiri, tiga di kanan dan empat di tengah-tengah.  Jarak antara tempat duduk agak jauh dengan tempat duduk yang di hadapan dan lebih selesa.  Sebelum 'take off', disiarkan bacaan doa musafir dalam bahasa Arab.  'Headphone' diedarkan.  Saya mencubanya.  Rupa-rupanya disiarkan bacaan al Quran daripada Syeikh Abdur Rahman Sudais, Imam Masjidil Haram dan Syeikh Misyari Rashid Al Afasy, Imam Masjid Al Kabir, Kuwait City.
'Headphone', boleh dengar bacaan al Quran Sheikh Misyari Rashid dan Abdurrahman Sudais

     Selain daripada itu, tube TV di belakang headrest penumpang hadapan (untuk tatapan kita) sentiasa memaparkan laluan pesawat dari Colombo ke Jeddah, diselang seli dengan penunjuk 'altitude' yakni ketinggian pesawat dari paras laut (biasanya 18,000 kaki), suhu di luar pesawat (biasanya -34 darjah Celsius), jarak ke destinasi, waktu tempat berlepas dan lain-lain lagi.  Dari semasa ke semasa ditunjukkan arah Qiblat.  Oleh itu apabila kami bersembahyang di 'surau' pesawat, kami yakin arah qiblatnya.
Laluan pesawat menuju destinasi

Penunjuk arah qiblat

Solat di 'surau' dalam kabin pesawat.  Masya Allah.  Allahu Akbar!
     Sebelum solat, kami bergilir-gilir mengambil wudhu' di bilik air pesawat.  Satu botol kecil air cukup untuk satu kali wudhu'.  Tak pernah terlintas di fikiranku untuk bersolat di atas kapal terbang yang sedang meluncur dengan kelajuan lebih 500km/j.  Masya Allah!
     (Err hj hassny, sila baca respons komen di posting sebelum ini yer... Tq!)

2 comments:

hassny said...

Adik Hj Borhan, Badariah, ikut serta dalam rombongan ini ya. Nampak gambarnya sebelah Hj Borhan. Saya pernah mengajar sama dengan dia pada tahun 1995 di SMK Pekan baru dulu. Waktu tu saya baru dpt tukar ke Muar setelah 7 thn setengah di SMK Convent Segamat.

Borhan Mohamed Dali said...

Itu memang dia. Ooo tuan kenal dia ye? Dia bersama anaknya. Yang paling kecil dalam gambar tu. Tingkatan 3. Sekarang di Bukit Pasir. Hj dulu di Pekan Baru ye? Saya dulu pernah di Pekan Baru. Tahun 1977. Guru Besarnya Ismail bin Kasah. Orang Semerah. Pernah di PPD Pontian sebelum bersara. Sekarang semua tinggal kenangan.