Popular Posts

Monday, August 29, 2011

Menyahut Cabaran (2)


Di bawah adalah komen Sdr hassny yang saya salin dan siarkan manakala di bawah komen ini ialah pandangan dan ulasan saya.  Ulasan ini telah saya poskan pada 13 Ogos yang lalu.  Pada hari-hari berikutnya saya lihat elok sahaja.  Tetapi malam ni (17 Ogos 2011) saya dapati hanya komen Sdr hassny beserta gambar kartun sahaja yang ada.  Ulasan saya telah hilang.  Apa yang telah berlaku?  Apabila saya semak di bilik edit post, saya dapati ulasan itu masih ada di situ.  Lalu saya pos semula setelah saya tuliskan 'preamble' ini.  Kenapa ye?)
     Telah diubahsuai lagi, kerana tak terpamer apa yang hendak saya pamerkan.  Mudah-mudahan kali, ulasan saya akan di'published'.  Ameen...
 
"hassny said...
Zaman dulu kalau budak-budak bersekolah di Ismail School kira2 memang terror....mesti pandai bahasa Inggeris punya... Bila sebut Ismail School, saya telah didaftarkan oleh mak saya untuk masuk darjah satu (1971) di sana. Namun apabila saya mendapat tahu, saya menangis-nangis tak mahu ke Ismail School, saya nak bersekolah di kampung saya sebab ramai kawan-kawan sekampung bersekolah di kampung. Akhirnya mak akur dengan kehendak saya. Bila dah tua begini, baru saya sedar, mak memang mahukan anaknya mendapat pendidikan terbaik (pada masa itu Ismail School lah tempatnya). Kalaulah saya ikut nasihat dan kehendak mak......"   
   Di atas adalah catatan daripada Hj Hassny sebagai komen post saya sebelumnya mengenai Sekolah Ismail 2 atau juga dipanggil Ismail School Two.  Memang benar katanya itu.  Budak-budak kampung dulu-dulu kebanyakannya bersekolah di kampung beramai-ramai.  Hanya segelintir yang bersekolah di bandar dihantara ibu bapa mereka.  Persekitaran menentukan sikap seseorang.  Hj Hassny tak terkecuali apabila beliau mengikut 'trend' pada masa itu.  Walau pun hasrat ibunya untuk menghantar anaknya ke sekolah omputih tak kesampaian, namun aspirasinya agar anak kesayangannya itu jadi 'orang' telah tertunai.  Menghantar ke sekolah orang putih itu hanya satu daripad usaha-usaha beliau.  Pelajar Sekolah Melayu pun boleh jadi 'Che'gu' apa.  Begitulah balasan Allah swt kepada hambaNya yang berusaha dan bertawakkal di samping bermunajat kepadaNya.
   Satu lagi perkara, Hj Hassny bukanlah orang yang menolak cabaran, tetapi menyahut cabaran, serta melihat peluang bagi setiap masalah.  Contohnya beliau mampu untuk mengajar saya men'create' blog.  Beliau juga ada Laman "Multiply", dan juga kejayaan-kejayaan lain yang membanggakan.  Di belakang itu semua adalah guru Sekolah Kampung. 
   Apa yang saya alami hanya berbeza sedikit daripada Hj Hassany; iaitu saya menurut sahaja 'perintah' ayah saya setelah ayah meninjau 'pandangan' anaknya yang berbaring di atas pangkuannya (tentulah sangat kecil) pada ketika itu.  Saya sendiri tidak menyoal ayah apabila dia menghantar saya dengan skuter Vespanya ke sekolah, berbeza dengan Kak Long dan Bang Ngah yang berjalan kaki sahaja ke Sekolah Kebangsaan Bakri Batu Lima.  Mungkin itu telah menjadi resmi saya, hasil didikan yang dikasihi ayah bonda sejak kecil lagi; yakni sabar menerima dan menempuhi apa jua yang datang.  Sehinggalah sekarang, saya tidak bercita-cita tinggi, tetapi cuba mengikuti arus cabaran semasa.  Contohnya adalah blog ini.  Mungkin orang lain sebaya saya tidak berminat untuk berkomputer, berinternet serta ber'blog' kerana teknologi ini datang ketika usia mereka sudah lebih tiga puluh tahun ketika itu.  Namun, kata pepatah omputih "If you can't beat them, join them".  Saya tidak mampu untuk melawan arus, oleh itu saya mengikutinya.

  
   Sekarang saya sudah mula belajar perisian 'Microsoft Access'.  Mana tahu, satu hari nanti saya mampu untuk membangunkan perisian markah kokurikulum pelajar-pelajar Pra Universiti SMK Tengku Mahkota?  Tiada perkara yang mustahil!

1 comment:

hassny said...

Agak lama tak jengah blog Blog Hj Borhan..... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat Hj Borhan serta rakan2 yang mengikuti blog ini. Pada pendapat saya inilah blog nostalgia terbaik yang dapat mengembalikan kisah silam di zaman kanak2 saya dulu.

Wah! puji2an Hj Borhan terhadap saya terlalu tinggi. Saya taklah sebegitu. Saya insan dan guru biasa seperti rakan2 yang lain juga. Cuma saya amalkan suatu amalan yang dapat merangsang mood saya sentiasa dalam keadaan 'inquiry' dan mengelak kebosanan iaitu amalan "setiap sehari (kalau tak larat seminggu pun boleh) saya mesti pelajari sesuatu yang baru (perkara positif)".

Berdepan dengan sikap dan perangai pelajar yang tak berusaha untuk menjadi pandai dan rutin kerja seharian kadangkala menyebabkan kita cepat bosan dan mood menurun. Dengan menulis blog seperti ini atau mengupload lagu-lagu nostalgia sekurang-kurangnya dapat merangsang mood kita agar kita sentiasa bersemangat dan bangkit dalam apa jua kerja yang kita lakukan.

Usaha Hj Borhan menerokai Microsoft Access amatlah dipuji kerana usaha tersebut bukanlah sia-sia malahan akan memberi menafaat bukan sahaja kepada Hj Borhan malah rakan-rakan sekeliling.

Beberapa rakan guru di Muar yang asalnya hanya try and error dalam MS Acess tetapi akhirnya dapat menjual perisian yang dicipta kepada sekolah2. Sekadar menyebut beberapa nama iaitu Cikgu Zulkifli (dulu di SM Teknik Muar sekarang di KPM)dengan perisian analisis markah, Cikgu Ahmad Harith (dulu di SMK Bandar Maharani sekarang di JPN Johor) dengan perisian analisis kokurikulum. Cikgu Ikhwan Goh Abdullah (dulu SMK Sg Abong sekarang di PPD Muar) dengan perisian analisis data murid, Cikgu Ooi Yeang Seang (SM Sains) dan ramai lagi.........

Kepada Hj Borhan teruskan usahamu (dalam mempelajari MS Access) agar hasilnya nanti dapat dikecapi bersama oleh warga STM......

Maaf kerana menulis terlalu panjang kali ini.....