Popular Posts

Showing posts with label tandas. Show all posts
Showing posts with label tandas. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Salah Masuk (Bahagian Satu)

     Kadangkala kita tak sengaja melakukan perkara yang tak sepatutnya kita tak buat.  Ekoran daripada itu, kita terpaksa menerima apa yang berlaku kemudian, sama ada kita terlepas daripada sebarang tindakan ataupun dihukum.  Apa-apa yang berlaku, kita akan senyum sendiri apabila mengenang kembali apa yang telah kita perbuat.

     Di dalam empat perenggan berikut, saya akan menceritakan satu daripada dua pengalaman tersalah masuk tandas.

    Di tempat aku belajar dulu, setiap blok fakulti adalah terdiri daripada bangunan empat tingkat.  Di hujung setiap tingkat ada dua buah bilik air; di hujung utara sebuah dan hujung selatan sebuah.  Kalau di hujung utara tandas lelaki, di hujung selatan adalah tandas perempuan.  Jika di aras satu hujung utara tandas lelaki, aras dua adalah tandas perempuan, aras tiga lelaki dan empat perempuan.  Sepanjang masa berkuliah, bilik kuliahnya berubah-ubah.  Sekejap di sini, sekejap di sana.  Oleh itu, setiap pelajar perlu berhati-hati apabila hendak menggunakan tandas terutamanya waktu kuliah sedang berjalan sebab tandas lengang ketika itu.  Kalau waktu antara kuliah, kemungkinan untuk tersalah masuk tandas perempan bagi lelaki hampir nil kerana ramai orang keluar masuk tandas, kita dapat membezakan lelaki dengan perempuan dengan sekali pandang sahaja.

     Maka adalah sekali peristiwa kuterasa hendak buang air semasa mengikuti kuliah.  Mulanya kutahankan sahaja keinginan itu sehingga waktu selepas kuliah.  Namun perasaan itu semakin lama semakin mendesak sehingga aku sudah tidak boleh menumpukan perhatian kepada kuliah yang disampaikan.  Peluh sejuk sudah mula merembes keluar.  Akhirnya ku tergesa-gesa bangun dan berjalan pantas ke bilik air yang tidak berapa jauh.  Tiada orang yang kujumpai di sepanjang perjalanan.  
Ini bukan tandas dalam cerita ini, tetapi tandas lelaki di sebuah sekolah

     Sampai di tandas, kutolak pintu lalu masuk.  Di hadapanku ada dua deret 'cubicle' tandas di kiri kanan laluan yang sentiasa terjaga kebersihannya.  Aku terus menuju ke tandas pertama dan mula termenung.  Sambil buat 'bisnes', mataku liar membaca graffiti di pintu yang berada di hadapanku.  Nyata sekali para pelajar bukan sahaja menunaikan kehendak jasmani di tandas tersebut, tetapi juga melayan gejolak nafsu remaja dengan menconteng pintu tandas dengan gambar-gambar dan kata-kata nakal seolah-olah dua insan sedang ber******h.  Kubaca dialog-dialog tersebut satu persatu sehingga tiba-tiba ku terperasan bahawa dialog-dialog itu seolah-olah diconteng oleh kaum Hawa, bukan kaum sejenisku.  Kacau.  Adakah tandas ini tandas perempuan?  Aku cuba mengingatkan kembali gambar di pintu sewaktu kumasuk tadi, adakah gambar lelaki atau peremuan, namun gagal.  Kalau aku ditangkap kerana berada di tandas wanita, habislah aku.  Liau!  Mana nak sorok muka dengan pensyarah-pensyarah , Pn. Sarimah Yusof, Pn. Rosila Manap, Dr (cantik) Azizah, penyelaras kursus, Dr Najib.  Isy isy isy...

     Ketika itulah aku terdengar bunyi tumit kasut menghentak lantai tandas dengan kelajuan sederhana dan irama yang tetap serta mengerikan, seolah-olah pemilik bunyi tersebut mengetahui aku ada di dalam dan cuba menakut-nakutkan aku.  Dadaku berdebar-debar. 

Saturday, October 16, 2010

Rumah Kecik

     Artikel ini adalah lebih kurang artikel bertajuk 'Water Closet, Toilet, Outhouse' dalam posting sebelum ini.  Saya jumpa gambar seperti yang anda lihat di dalam posting bahasa Inggeris ketika melayari jaringan untuk mencari gambar tandas kampung di Malaysia.  Ini adalah kerana saya teringat menggunakan 'tandas' seperti itu semasa saya kecil (lihat posting 'Sakit Perut Waktu Tarawih (1)' dalam posting bulan April), semasa saya membuat latihan praktikum dan semasa berkhidmat di satu tempat pedalaman di negeri Pahang Darul Makmur.  Ada lima keping kesemuanya.  Tulisan di bawah gambar "Can you guess..." membawa maksud penulis yang memuatnaikkan gambar menceritakan bahawa tempat itu adalah sebuah tandas kampung di Rusia, tiada paip air, flush. Cuma lubang jamban betul-betul di bawah 'rumah' jamban tersebut.  Gadis di dalam gambar masuk ke dalam lubang jamban untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, dibantu teman lelakinya.  Berjayakah dia?  Tahniah kerana dapat meneka dengan betul, tetapi tiada hadiah disediakan.

     Tandas yang terdapat di Pahang adalah serupa seperti diceritakan.  Apabila hendak menggunakannya, saya membalut kepala dan hidung dengan tuala, cepat-cepat masuk, dan cepat-cepat keluar lalu terus menuju sungai untuik basuh dan mandi (saya mandi di sungai sebab di kampung tersebut tiada air paip dan elektrik).  Nasib baik cuma saya seorang yang menggunakan tandas tersebut.  Kalau kongsi ramei-ramei, tak sempat keghin, semerbak dibawa angin...

     Keadaan tandas di tempat saya praktikum ada sedikit berbeza.  Terletak di sudut quarters, ia dibina sedikit tinggi daripada tanah untuk membolehkan sebuah badi diletak betul-betul di bawahnya.  Setiap pagi akan datang seorang tua menuangkan isinya ke dalam bekas yang dibawanya.  Apabila hendak menggunakan tempat itu, saya akan menunggu hingga rasa sudah tidak boleh tahan, membalut kepala dengan tuala, tarik nafas dalam-dalam, berlari ke dalam, 'buang' dan lari keluar (legaa...) untuk basuh.

     Sekarang, adakah lagi tempat 'termenung' seperti itu di Malaysia?  Mungkinkah di pedalaman?