Popular Posts

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Tahlil Perempuan Di Rumah Adinda Noriah

     Ayahanda Omar bin Anuar kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Mei 2007  dan bonda Samingah pada hari Selasa malam Rabu 08 April 2008.  Sempena pemergian mereka, adik beradik telah mengadakan satu majlis tahlil perempuan di rumah adinda Noriah pada hari Sabtu 09 April 2011 mulai selepas maghrib.  Di bawah adalah suasana di sekitar tahlil tersebut.




Yang berpakaian seragam di atas adalah ahli Tahlil Wanita kawasan ini.
 
Sebahagian mahligai Adinda Noriah bersama pasangannya, Cikgu Sabrin serta tiga puteri mereka
Pondok Rehat
Rashidah, Nurul dan ... anak siapa nih?

Ijah...

Dari kiri: Long, Cikgu Sabrin, Borhan, Dr Rahmat, Husin, Bang Wan Musa

Long, Cikgu Sabrin, Dr Rahmat, Husin, Rubi, Fuzi

Rashidah dan Husna

Add caption

Menghadap kamera: Mursyid, Nur, Fuzi

Ijah, Ibnu Hadi, Wak Sharifah, Kak Yah, Ibju Hadi Junior, Abang Wan Musa

Idah, depan mak dia.  Kuur smangat

Pemalu benor, relek lar...
   

Saturday, November 27, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

     Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memantau blog saya.  Komitmen anda menjadi inspirasi kepada saya untuk menyingkap kenangan lalu yanag 'malar dan segar'.  Sekiranya anda rasa perlu komen, silakanlah di ruang komen yang disediakan.

     Pikul beruti tanpa bantuan
     Tarik untuk buat titi
     Siapalah saya tanpa tuan
     Budi tuan sentiasa saya ingati
     
     Ke sekolah tiada duit jajan
     Di kantin sesak dada
     Bekal lempeng bungkus suratkhabar
     Tuan umpama air hujan
     Turun deras basah lada
     Tanah subur tanaman segar

     Terima kasih kepada Kak Ngah yang rajin mengulas.  Biasanya Pak Ji dan Mak Jah memang rindu nak 'ngulon' lagi cuma masa yang menentukan.  Ramai yang tak dapat melaksanakan hajat nan murni kerana maut terlebih dahulu menjemputnya.  Namun, sekali hasrat telah terpahat di dada, kebajikan telah menunggu.  Kalau cita-cita kita tak terlaksana, ada hikmahnya, cuma kita je yang tak tau.  Allah Ta'ala maha mengetahui apa yanga baik buat kita.  'Manusia itu tak suka kepada apa yang berlaku kepadanya, walhal itu adalah baik buatnya, cuma dia tidak menyedarinya'.

     Faktor komitmen kepada keluarga adalah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa.  Kalau tak disempurnakan, akan ditanya di akhirat kelak.  Oleh itu, jangan gusar sekiranya tak dapat pulang lebih awal untuk kenduri sebab yang ada di lokasi tetap akan meneruskan persiapan dengan ceria bersama-sama semua yang ada, biarpun patah sayap berongkat paruh, mata pedih masuk asap, tapak tangan merah selumbat kelapa.

Tuesday, November 16, 2010

Hol Marhum Bonda dan Kenduri Tahlil

     Salam.  Semalam 14 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H, genap 3 tahun pemergian bonda Tuminah.  Al Fatihah.

     Sehubungan itu, adik beradik berhasrat mengadakan kenduri Tahlil di rumah Bonda pada Ahad 21 November lepas Maghrib.  Semua adik beradik dijemput rewang dari mula hingga selesai.

     Selain itu, dinda Muzaffar menjemput adik beradik ke kenduri Tahlil Arwah Cikgu Bakar Bukit Treh pada 20 November 2010 lepas maghrib.

SELAMAT  MENYAMBUT  HARI  RAYA  AIDIL  ADHA!