Popular Posts

Showing posts with label english man. Show all posts
Showing posts with label english man. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

First Day In School (Part One)

     In the 60s.  I was so small, only past my 'toddler' period.  As I was lying in dad's lap watching mom seated on the wooden floor near the steps going down into the kitchen, feeding little sister with mashed rice mixed with a little sugar.  From time to time she would let the baby suck her wet fingers which she had dipped into a bowl of plain water.

     Moving his lap up and down, dad asked, "Which school would you like to go, malay or english?"

     Without thinking, I answered, "English!"

     That was it.  After I was six years old, dad brought me on his Vespa scooter to a school in town, about six miles away from our dear house.  The school was 'Ismail School Two'.  The school was very big, the buildings very tall, the top part seemed as if staring down at me, ready to devour me.  I became a little frightened and uncomfortable.  That made me keep as close to dad as possible while we made our way among the crowd.  I looked around.  All were new faces, there was not even one face that looked familiar to me.

     When the registration was over, I was placed in a big room 'Standard One Suloh' with some boys.  I scanned their faces one by one.  There were some malay boys just like me, some fair chinese boys who had small eyes, a few Indians, a European (later I learned that his name was Michael George) and a tall, fair boy with long hair kept in a piece of white cloth shaped into an 'apple' on top of his head which later I got to know that this was a sikh or 'Mister Singh'.  A Chinese lady teacher wearing chinese clothes (cheongsam) was seated at a table bigger than ours, busy writing something.  We looked at each other silently and waited.  So long...

     Soon, a bell started to ring; a long ringing sound coming from outside the classroom, deafening me.  The lady teacher asked all of us to stand.  "Small boys in front, big boys at the back, two by two", she said.  I could not comprehend what she said, likewise the rest of the boys.  Therefore she had to arrange all of us to line two by two, by dragging the small boys towards the front of the line and the big ones to the back. 

     "Hold your partners' hands", she barked her orders.  I looked around me, but could not find dad.  Where was he?

     Then the chinese teacher instructed us to walk.  Where would he bring us to?

Saturday, October 23, 2010

Hari Pertama Bersekolah (Bahagian Satu)

     Tahun 60an.  Masa tu ku masih kecil.  Emak sedang duduk di lantai berdekatan tangga turun ke bahagian dapur rumah, menyuap adik nasi lenyek dengan tiga jari.  (Nasi lenyek ni hanyalah nasi putih yang dicampur sedikit gula, dilenyek menggunakan tempurung kelapa atau  senduk nasi).  Sambil menyuap, emak mengangakan mulut supaya adik membuka mulutnya.  Adik nyonyot jari emak.  Adik makan dengan penuh selera.  Kadang-kadanag, emak teteskan air masak ke dalam mulut adik.  Bersebelahan dengan emak, abah duduk sambil melayan akau yang sedang baring-baring di pangkuannya.  Sambil menghenjut-henjut lututnya, abah tanya, "Esok nak sekolah melayu ke, nak sekolah orang putih?"  

     Aku yang belum tau apa-apa, menjawab "Orang putih!"

     Apabila umurku enam tahun lebih, abah membawaku menaiki Vespanya ke Sekolah Ismail Dua yang jauhnya lebih kurang enam batu dari rumah. Apabila kami masuk ke kawasan sekolah, kulihat bangunan sekolah teramatlah besarnya.  Bahagian atas bangunan sekolah kelihatan sangat tinggi, menunduk memandang kepadaku, seolah-olah mahu menghempapku.  Ku jadi takut, ku sentiasa berada di samping abah.  Mataku melihat-lihat sekeliling.  Orang sangatlah ramai.  Ada kanak-kanak, ada orang dewasa.  Kanak-kanak kelihatan segak memakai pakaian seragam kemeja putih dan seluar kuning tahi anjing, serupa dengan apa yang ku pakai. Tetapi dalam ramai-ramai manusia, tidak ada satu pun muka yang kukenal.  

     Ku mengekori abah berurusan dengan pihak sekolah.  Setelah segala-galanya selesai, aku ditempatkan di sebuah bilik darjah "Darjah Satu Suloh".  Kulihat muka-muka murid lain yang ada di sekitarku.  Ada melayu sepertiku, cina berkulit putih mata sepet bau bawang putih, india (kalau tak silapku namanya Kurumuthi Kunalan s/o Tanabalan), orang putih (namanya Michael George) dan seorang kulit putih, lebih tinggi daripada yang hadir, berambut panjang; rambutnya dikumpulkan di bahagian depan kepala lalu disampul dengan kain.  Mereka ini semuanya asing bagiku.  Seorang guru perempuan kaum Cina memakai pakaian cina sedang duduk di sebuah kerusi, menghadap meja yang kelihatan lebih besar daripada meja-meja lain yang ada di dalam bilik darjah itu, sedang asyik menulis-nulis sesuatu.  Kami berpandangan sesama sendiri.  Semuanya senyap.  Masa berlalu perlahan.  Lamanya...

     Kemudian kedengaran bunyi loceng memanjang, kuat, memekakkan telinga, datang dari arah tepi atas bilik darjah.  Cikgu cina perempuan menyuruh semua murid bangun.  "Small boys in front, big boys at the back, two by two", tuturnya.  Ku tak faham apa yang dicakapkannya.  Kemudian dia mengaturkan kami seorang demi seorang.  Yang kecil di hantar ke depan barisan, yang tinggi ke belakang.  Kami dipasangkan berdua-dua.  "Hold your partners' hands," sambungnya lagi.  Rupa-rupanya dia menyuruh kami memegang tangan pasangan masing-masing.  Kupandang kelilingku, tak nampak pun abah.  Entah ke mana perginya?

     Kemudian Cikgu Cina mengarahkan kami berjalan.  Kemana nak dibawanya kami?