Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memantau blog saya. Komitmen anda menjadi inspirasi kepada saya untuk menyingkap kenangan lalu yanag 'malar dan segar'. Sekiranya anda rasa perlu komen, silakanlah di ruang komen yang disediakan.
Pikul beruti tanpa bantuan
Tarik untuk buat titi
Siapalah saya tanpa tuan
Budi tuan sentiasa saya ingati
Ke sekolah tiada duit jajan
Di kantin sesak dada
Bekal lempeng bungkus suratkhabar
Tuan umpama air hujan
Turun deras basah lada
Tanah subur tanaman segar
Terima kasih kepada Kak Ngah yang rajin mengulas. Biasanya Pak Ji dan Mak Jah memang rindu nak 'ngulon' lagi cuma masa yang menentukan. Ramai yang tak dapat melaksanakan hajat nan murni kerana maut terlebih dahulu menjemputnya. Namun, sekali hasrat telah terpahat di dada, kebajikan telah menunggu. Kalau cita-cita kita tak terlaksana, ada hikmahnya, cuma kita je yang tak tau. Allah Ta'ala maha mengetahui apa yanga baik buat kita. 'Manusia itu tak suka kepada apa yang berlaku kepadanya, walhal itu adalah baik buatnya, cuma dia tidak menyedarinya'.
Faktor komitmen kepada keluarga adalah tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa. Kalau tak disempurnakan, akan ditanya di akhirat kelak. Oleh itu, jangan gusar sekiranya tak dapat pulang lebih awal untuk kenduri sebab yang ada di lokasi tetap akan meneruskan persiapan dengan ceria bersama-sama semua yang ada, biarpun patah sayap berongkat paruh, mata pedih masuk asap, tapak tangan merah selumbat kelapa.
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
-
Salam. Semalam 14 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H, genap 3 tahun pemergian bonda Tuminah. Al Fatihah. Sehubungan itu...
1 comment:
Salam...
Bila Kak Ngah Lawati Blog Org Pasti Akan Tinggalkan Komen....Komen Yg Membina Dan Suka2 Jer...
Post a Comment