"Wahai Umar, aku ingin bercerai dengan suamiku kerana dia tidak tahu mengurus dirinya sendiri. Dia tidak membersihkan tubuh badannya dan menjaga penampilannya," kata si isteri.
Saidina Umar Al Khattab pun menyuruh si suami membersihkan dirinya, membuang segala bulu yang tidak dikehendaki daripada tubuh badannya, memakai pakaian yang kemas serta memakai bau-bauan. Setelah sudah musta'id, ia pun datang mendapatkan Khalifah Umar serta isterinya yang sedang menanti.
Si isteri tidak berapa cam akan suaminya itu kerana dia kelihatan jauh lebih segak dan menarik berbanding dengan keadaannya selama ini. Setelah beberapa ketika, dia sedar bahawa yang berdiri di hadapannya itu adalah suaminya sendiri. Dia pun berpaling menghadap Saidina Umar lalu berkata,
"Wahai Umar, aku tidak jadi bercerai dengan suamiku kerana dia sekarang sangat hebat dan menyenangkan."
Moral cerita:
Ku ingin mengingatkan diriku dan diri para suami yang membaca anekdot ini agar sentiasa menjaga penampilan fizikal dan spiritual supaya menyenangkan isteri yang kita cintai. Yelah, sebelum 'yuzawwijuka...' sentiasa menjaga penampilan apabila nak berjumpa mata air. Bila dah bernikah, semakin tak teruurus; rambut, misai, janggut dah lupa nak andam. Mandi pun...
Adakah kita nak rupa kita macam ni? |
... atau macam ni? |
... kalau tak pun, camnie? |
... atau pun yang nie? |
2 comments:
Salam....Mestilah Yg Ensem Mcm Yg Bawah Sekali Tu....Hehehehehe....Ampun!!!....
I Lap U Abg Ngah Seorg Jer!
Har har har...
Post a Comment