Para jemaah haji telah mulai beransur-ansur kembali ke tanah air. Mudah-mudahan mereka mendapat haji mabrur, bukan haji mardud. Beruntunglah mereka yang amalnya diterima Allah swt, 'khusran' kepada mereka yang sebaliknya. Wallahu a'lam.
Musim haji ini mengingatkan saya kepada pengalaman saya semasa mengerjakan haji pada tahun 1998. Waktu itu Lembaga Urusan dan Tabung Haji LUTH(Lembaga Tabung Haji LTH) baru sahaja memperkenalkan sistem 'makanan disediakan oleh LUTH'. LUTH mengambil langkah berani menyediakan makanan kepada jemaah haji pada tahun itu tanpa mengenakan sebarang bayaran tambahan. Oleh itu, tambang haji pada masa itu kekal RM6,000.00; makan minum percuma sepanjang musim itu. Tahun berikutnya, tambang dinaikkan kepada RM9898.00 termasuk makan minum. Itulah kenangan terindah bagi jemaah haji pada tahun itu, termasuk saya dan isteri tersayang, Rubi.
Bermacam-macam pengalaman ditempuhi jemaah haji sama ada semasa di Mekah, Madinah, di tanah air atau di kapal terbang. Ada satu orang tu, Waginah (bukan nama sebernar) merasa takut kalau-kalau terpaksa menggunakan tandas semasa kapal Transmile yang kami naiki sedang terbang. Oleh itu, dia berdoa kepada Allah swt meminta supaya 'janganlah ku terasa nak kencing selagi belum sampai Jeddah'. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan Tuhan. Dalam penerbangan, dia merasa selesa sehingga kapal terbang mendarat pukul 4.00 pagi waktu Mekah. Rupa-rupanya, kapal terbang tidak terus membuka pintunya setelah mendarat macam bas, tetapi bakal haji terpaksa mengunggu. Waginah mula merasa seolah-olah mahu membuang air kecil, tetapi ditahannya kerana dia mahu melepas di tandas lapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah. Dia menunggu dengan sabar. Pintu kapal terbang masih belum dibuka dan arahan untuk turun masih belum dikeluarkan. Rasaa nak buang air kecil semakin lama semakin kuat membuatkan Waginah merasa tidak tentu arah. dia menekan-nekan perutnya yang sudah mulai senak sambil berharap agar pintu kapal segera dibuka supaya dia boleh berlari deras ke tandas; namun harapannya hampa. Akhirnya dengan air muka merah padam dan berkerut-kerut, dia terpaksa bergegas ke bilik air kapal terbang untuk melegakan dirinya.
Sebaik sahaja Waginah keluar dari bilik air kapal terbang, dia melihat pintunya pun dibuka lalu bakal haji mulai beratur untuk turun...
Pengajaran yang saya perolehi daripada peristiwa ini; bila berdoa, hendaklah jelas supaya kita dapat apa yang kita mahu. Allah Ta'ala maha mengetahui apa yang kita sorokkan dan apa yang kita zahirkan, namun Dia memberi apa yang kita minta. Kata orang putih WYSWYG (What you see is what you get). Dalam hal ini, kalau kita mintak nak buang air kat Jeddah, kita dapat buang air kat Jeddah, walaupun atas kapal terbang!
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut. Sesungguhnya mereka yang terlibat secara lan...
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
1 comment:
Rindu Nak Pergi Lagi...Huhuhuhuhuhu
Post a Comment