Walau pun seorang anggota keluarga tidak dapat menghadirkan diri, suasana sangat meriah sejak hari Sabtu malam lagi. Sebelum itu, beberapa anggota keluarga telah menghadiri majlis tahlil arwah Cikgu Bakar (Pak Mertua adinda Muzaffar) di Bukit Treh sebelum kembali ke rumah induk.
Pagi Ahad, Badar, Kak Long dan Apar pergi berbelanja manakala Borhan menyabit rumput yang agak tebal. Apabila mereka balik, kerja-kerja menyiapkan juadah pun bermula. Cuaca di luar rumah panas terik. Saidin dengan bantuan Apar dan Borhan memasang pondok pisang sesikat supaya orang yang masak 'tak rentung'.
Menu jamuan ialah ketupat, rendang daging, ayam masak kari, lodeh kecambah serta kuih muih manakala minumannya teh 'o' suam. Para jemputan kelihatan seronok menikmati jamuan, barangkali menunya kena dengan cita rasa mereka, suasana raya. Hampir licin. Sebahagiannya memesan teh 'o' suam berulang-ulanga kali.
Apabila jemputan lelaki balik, orang perempuan pula sibuk mengemas baki hidangan. Terima kasih kepada semua yang rewang dari pagi hingga malam. Kak Bedah yang membasuh pinggan bersama-sama Badar. Yang lain dah sakit pinggang, lenguh kaki, demam. Nina tolong masak waktu petang. Mak Itam dan Busu Rom mengatur kuih muih di pinggan, di el el.
"Mok Da Parit Sulong sopo jeneng eh Mak Itam?" Bang Ngah tanya Mak Itam.
"Muslimah,"
"Muslimah yo? Borhan dak eleng jeneng eh. Borhan tak ingat namanya."
"Mana tau Borhan tak ingat?" Kak Ngah tanya.
"Tu dalam blog Keluarga Embah Jamilah tu. Yang lain semua ada nama. Mak Uda je yang tak ada." Bang Ngah jawab.
Eh! Iya tak ia jugek le. Bang Ngah ni best le. Beliau sensitif bab-bab macam tu. Nanti saya updatekan dalam Blog Keluarga Embah Jamilah. Terima kasih keran menanyakan. Terima kasih juga kerana menguraikan kekusutan berkaitan adik beradik. Maaf Badar kerana terlupa, tak disengajakan.
Sepanjang masa sebelum dan sesudah majlis, adik-beradik dapat berkumpul dan bergurau senda bagi merapatkan lagi hubungan yang sedia ada di samping bertukar-tukar fikiran mengenai hal ehwal semasa dalam kalangan keluarga.
Esoknya, anggota keluarga mulai meninggalkan pekarangan rumah Emak secara beransur-ansur mulai pagi sehinggalah pukul 6.00 petang kurang lebih apabila Anjang Yazid, Cik Non dan Muzaf bergerak serentak bersama ahli keluarga masing-masing. Sunyi semula rumah bonda, kesuraman kembali menyelubungi suasana.
* * * * * *
Emak merasakan kesayuan jauh di sudut hati apabila sebuah demi sebuah kereta anak-anak mulai meninggalkan pekarangan rumah untuk kembali ke kediaman masing-masing. Emak duduk di muka pintu depan. Abah, Badar duduk di anak tangga paling atas menonton senario tersebut.
1 comment:
Salam...
Sekali Sekala Berjumpa Dg Adik Beradik...Meriah Gitu Pak...Hehehehe...Tapi Maaflah Kak Ngah Balik Dah Lewat Kena Hantar Along Dulu....
Semasa Sarapan Pagi Adik Umumkan:-
Pada Sesiapa Yg Punya Barang2 Yg Masih Ada Di Rumah Mak Di Minta Mengambilnya...Adik Beri Tempoh Sehingga Februari 2011.
Adik Sekeluarga Berhajat Untuk Mendirikan Rumah Baru Di Tapak Rumah Yang Sama. Insya Allah...
Mudah-Mudahan Apa Yang Diinginkan Akan Tercapai...Aminnn...
Post a Comment