Musim cuti sekolah, jemputan kahwin di sana sini. Khemah-khemah di rumah pengantin banyak dan cantik-cantik. Lain benar sekarang dengan dulu-dulu. Yalah, dulu taraf hidup penduduk kampung khususnya Kampung Batu 6 Bakri masih sangat rendah. Hampir kesemuanya menoreh getah dengan pendapatan ciput. Di seluruh kampung, cuma ada empat buah skuter. Kereta, tiada. Jambatan masuk ke rumah-rumah cuma beberapa batang kayu teguh untuk membolehkan basikal melaluinya. Yang berkemampuan, menggunakan jambatan konkrit, iaitu tiga keping konkrit satu setengah kaki lebar disusun, menjadikannya jambatan selebar empat kaki setengah.
Berbalik kisah khemah pengantin. Dulu, khemah yang digunakan penduduk Kampung Batu 6 Bakri yang mahu menikahkan anak dipanggil 'Balai'. Yang dikatakan 'balai' ialah sebuah bangsal yang 'simple', unik; mempunyai satu anak tangga, berlantai papan beratap zink, lapang, berdinding rendah, cantik dan klasik, tetapi hanya boleh memuatkan lebih kurang sepuluh hidangan; iaitu empat puluh orang tetamu pada satu pusingan. Dulu-dulu, penduduk kampung Batu 6 Bakri tak ramai, hanya 35 keluarga, penduduk kampung berdekatan juga tak ramai, Oleh itu, sebuah balai yang boleh memuatkan sepuluh hidangan ternyata cukup untuk menampung para tetamu.
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, Ketua Pakatan kampung akan menghebahkan kepada penduduk supaya datang beramai-ramai pada hari tertentu untuk 'mendirikan balai' di rumah bakal pengantin. 'Mendirikan balai' yang dimaksudkan di sini ialah mendirikan balai, penanggah dan kadang-kadang sedikit sekatan untuk menghalang bakal tetamu yang ada di balai daripada melihat apa yang berlaku di penanggah. Biasanya balai didirikan di halaman hadapan rumah pengantin, penanggah di belakang atau tepi manakala sekatan di tengah-tengah antara kedua-duanya. Balai yang didirikan hanya sebuah, penanggah juga sebuah.
Jemputan bermula tengah hari. Tetamu akan naik ke atas balai dan menunggu. Apabila balai telah cukup empat puluh orang, pelayan akan menghidangkan mangkuk koboan (air basuh tangan), pinggan, gelas minuman, jag sirap, nasi yang dibubuh di dalam pinggan besar (dipanggil pinggan hidang) dan akhir sekali dulang berisi lauk pauk (biasanya daging lembu masak kari dan korma di samping pisang rastali yang telah dipotong dua (satu hidangan dua biji) atau acar (*). Setelah segala-galanya terhidang, barulah para jemputan dipersilakan makan. Ketika mereka sedang makan, pelayan akan lalu di belakang mereka menyuakan bunga telur yang dibungkus dalam kertas serviette, diikat atas dan bawah, seperti gula-gula. Oleh sebab jamuan diedar hanya apabila balai penuh empat puluh orang , sesuatu majlis perkahwinan mengambil masa yang lama untuk selesai sebab tetamu lain yang tiba terpaksa menunggu hingga tetamu di atas balai turun.
Setelah selesai satu pusingan jamuan, pinggan mangkuk akan dibawa ke belakanag dan dibasuh menggunakan abuk papan yang diambil daripada sawmill (kilang papan).
Pada sebelah malam, rakan-rakan kepada adik lelaki pengantin yang masih bersekolah rendah akan berpeluang bermalam atau 'tidur' di balai, satu pengalaman yang menyeronokkan. Pada waktu itulah mereka dapat merasai suasana tidur di tempat terbuka dalam kelam malam bersama rakan-rakan, menceritakan pengalaman masing-masing semasa masih kanak-kanak, mencurahkan rahsia jatuh 'cinta monyet' terhadap budak perempuan yang sama sekelas atau di kelas sebelah. Kadang-kadang ada dalam kalangan kawan-kawan itu merasa sedih dan cemburu, kerana dia pun sebenarnya dalam diam-diam ada menaruh hati kepada gadis sunti yang sama. Alaahai...
Sekarang, jemputan pengantin bermula lebih awal. Tetamu tidak perlu menunggu hingga penuh balai sebab balai telah tiada lagi, sebaliknya telah digantikan oleh khemah-khemah yang cantik. Hidangan disediakan ala 'buffet'; tetamu menceduk sendiri nasi serta lauk. Selesai makan dia boleh terus balik selepas bersalaman dengan tuan rumah. Kanak-kanak tidak lagi 'tidur di balai' bersama rakan mereka adik lelaki pengantin kerana tiada lantai untuk mereka berbaring. Mereka tidak lagi boleh berkongsi cerita manis zaman kecil-kecil bersama seseorang. Nak tidur, balik rumah... Lain nar dengan yang dulu.
(*) Tentunya menu hidangan bergantung kepada kehendak tuan rumah, kehendak anak-anak, status kewangannya...

Balai Pengantin Kampung Batu 6 Bakri dulu |
Jemputan bermula tengah hari. Tetamu akan naik ke atas balai dan menunggu. Apabila balai telah cukup empat puluh orang, pelayan akan menghidangkan mangkuk koboan (air basuh tangan), pinggan, gelas minuman, jag sirap, nasi yang dibubuh di dalam pinggan besar (dipanggil pinggan hidang) dan akhir sekali dulang berisi lauk pauk (biasanya daging lembu masak kari dan korma di samping pisang rastali yang telah dipotong dua (satu hidangan dua biji) atau acar (*). Setelah segala-galanya terhidang, barulah para jemputan dipersilakan makan. Ketika mereka sedang makan, pelayan akan lalu di belakang mereka menyuakan bunga telur yang dibungkus dalam kertas serviette, diikat atas dan bawah, seperti gula-gula. Oleh sebab jamuan diedar hanya apabila balai penuh empat puluh orang , sesuatu majlis perkahwinan mengambil masa yang lama untuk selesai sebab tetamu lain yang tiba terpaksa menunggu hingga tetamu di atas balai turun.
Setelah selesai satu pusingan jamuan, pinggan mangkuk akan dibawa ke belakanag dan dibasuh menggunakan abuk papan yang diambil daripada sawmill (kilang papan).
Pengantin dulu-dulu (gambar hiasan) |
Pada sebelah malam, rakan-rakan kepada adik lelaki pengantin yang masih bersekolah rendah akan berpeluang bermalam atau 'tidur' di balai, satu pengalaman yang menyeronokkan. Pada waktu itulah mereka dapat merasai suasana tidur di tempat terbuka dalam kelam malam bersama rakan-rakan, menceritakan pengalaman masing-masing semasa masih kanak-kanak, mencurahkan rahsia jatuh 'cinta monyet' terhadap budak perempuan yang sama sekelas atau di kelas sebelah. Kadang-kadang ada dalam kalangan kawan-kawan itu merasa sedih dan cemburu, kerana dia pun sebenarnya dalam diam-diam ada menaruh hati kepada gadis sunti yang sama. Alaahai...
Sekarang, jemputan pengantin bermula lebih awal. Tetamu tidak perlu menunggu hingga penuh balai sebab balai telah tiada lagi, sebaliknya telah digantikan oleh khemah-khemah yang cantik. Hidangan disediakan ala 'buffet'; tetamu menceduk sendiri nasi serta lauk. Selesai makan dia boleh terus balik selepas bersalaman dengan tuan rumah. Kanak-kanak tidak lagi 'tidur di balai' bersama rakan mereka adik lelaki pengantin kerana tiada lantai untuk mereka berbaring. Mereka tidak lagi boleh berkongsi cerita manis zaman kecil-kecil bersama seseorang. Nak tidur, balik rumah... Lain nar dengan yang dulu.
Khemah pengantin sekarang |
2 comments:
Wah!! seronok betul cerita balai pengantin ni...sebab saya dah lalui pengalaman yang sama di akhir tahun 60an dan di awal 70an. Memang sedap tidur ramai-ramai di balai pengantin ni. Gambar balai pengantin yang dilukis Hj Borhan memang nostalgik sekali. Terima kasih Hj Borhan kerana dapat mengembalikan nostalgia kanak-kanak saya dulu.
Satu lagi kenangan Balai Pengantin ni...bila ada saudara mara nak adakan majlis perkahwinan, mak akan bawa kami satu keluarga ke rumah pengantin 3 hari lebih awal sebelum majlis dan balik 3 hari selepas tamat majlis. Ertinya saya bermalam di rumah pengantin selama 6 hari, lama tu.... tetapi kesannya amat mendalam. Kita dapat kenal saudara mara dengan lebih rapat lagi, kenal semuanya, tak ada yang tertinggal. Kami bergotong royong sebelum majlis dan bergotong royong selepas majlis. Pada sebelah malam semua orang lelaki tidur di balai, ada juga kanak-kanak perempuan tidur di balai. Suasana memang cukup meriah masa tu.
Post a Comment