Masuk sahaja waktu berbuka puasa hari pertama, sudah terdengar dentuman mercun. Rasa pelik juga, membakar mercun diharamkan oleh kerajaan, tetapi tetap juga kedengaran. Apa yang silap, kurang pemantauankah, atau penguatkuasaannya?
Saya sudah lama tidak bermain mercun. Setelah bertugas dengan jabatan kerajaan, pernah cuba bermain mercun padi, tetapi tidak berapa berani. Akhirnya saya berhenti, lalu memberikan mercun itu kepada adik. Saya cuba merenungi diri sendiri, mengapakah kini saya takut untuk bermain mercun, tetapi begitu berani semasa kecil-kecil dahulu?
Dahulu, beberapa hari sebelum hari raya, ayah membelikan dua tepek (peket) mercun merah untuk Abang Ngah dan saya. Ertinya seorang mendapat setepek mercun merah. Saya mengambil sepuntung bara api dari dapur lalu membawanya ke halaman rumah untuk dijadikan bahan api. Mengambil mercun merah sebatang demi sebatang, mencucuh sumbunya pada bara api. Apabila bunga api telah menyambar sumbu, cepat-cepat saya lontar mercun itu ke udara. Maka meletuplah ia dengan kuatnya memecahkan kesunyian pagi, membuat saya merasa puas. Kekadang, saya terlebih berani. Setelah mencucuh sumbu mercun merah pada bara, membiarkan bunga api menyambar hingga separuh sumbu, barulah saya lontarkan mercun itu sekuat-hati ke udara. Kalaulah mercun tersebut terbakar di jari…
Kadang-kadang saya bermain pada waktu malam seperti kanak-kanak lain. pada waktu itu langit meriah dengan letusan-letusan cahaya mercun serta hilang kesunyian malam dek bunyi mercun diselang seli dengan bunyi meriam buluh.
Kenapa sekarang saya takut? Ah, tak apalah. Tak rugi kalau tak bermain mercun sekarang. Bahkan saya gembira. Hanya merasa marah apabila ketenteraman terganggu lantaran bunyi mercun yang terlalu hampir dengan rumah. Saya dapat mendengar bunyi mercun roket yang dibakar menuju rumah saya sebelum meletup dengan kuatnya. Kenapa budak-budak itu (takkanlah orang tua…) menghalakan mercun mereka ke rumah saya? Kenapa tidak ke kawasan lapang yang berdekatan? Apa akan jadi kalau saya ada anak kecil? Tentulah anak saya terganggu tidurnya, lalu menjerit dan menangis.
Sekarang bermain mercun adalah dilarang. Baguslah, kerana larangan itu banyak kebaikannya. Saya fikir yang kurang cuma penguatkuasaannya sahaja kerana saya lihat dan dengar bunyi mercun sewaktu bulan puasa masih meriah. Pihak bertanggungjawab, tolong pastikan peraturan larangan dipatuhi semua pihak. Barulah masyarakat akan memuji tindakan penguasa. Betul tak?
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
-
Salam. Semalam 14 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H, genap 3 tahun pemergian bonda Tuminah. Al Fatihah. Sehubungan itu...
4 comments:
Betul3...Setiap Kali Bila Syawal Menjelma...Teringat Kak Ngah Peristiwa Di Malam Raya...Semasa Kak Ngah Sibuk Memasak Di Dapur Adik Na Tiba2 Menjerit Dan Menangis....Rupa2nya Seluar Dan Pehanya Terbakar Dek Kerana Bermain Bunga Api Dg 2 Org Abg2nya....
Nasib Baiklah Kak Ngah Sempat Memadamkan Seluarnya Yg Terbakar....Kalau Tidak, Tak Tahulah Kak Ngah Apa Akan Terjadi....Lepas Tu Kak Ngah Pulak Yg Kena Marah Dg Abg Ngah....Huhuhuhuhuhu....Peristiwa Ini Sudah 10Th Berlalu Tetapi Ianya Akan Tetap Menjadi Ingatan....
Ish, ish, ish... Kesian Kak Ngah. Dahlah sedih Dik Na terbakar seluar dan peha, kena marah lagi... Sabor Kak, itu la dugaan seorang isteri dan ibu mithali. Nasib baik cuma bunga api. Kalau mercun? Hu hu hu...
Sekarang Dik Na main bunga api lagi tak?
Kak Ngah Tak Bagi Mereka Main Mercun...Lama Jugalah Dik Na Takut Nak Main Bunga Api....Tapi Sekrg Ni Siap Suruh Kak Ngah Belikan Bunga Api....Huhuhuhuhuhu
Ish ish ish, dah lagi berani pulak. Tak pelah, budak-budak. esok kan dia berhenti jugak. Maknye main la sekali, temankan anak...
Post a Comment