Salam. Sebelum memulakan tulisan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada ‘followers’ yang telah bermurah hati mem’follow’ blog saya. Mudah-mudahan kita semua dapat merapatkan tali silaturraheem.
Kali ini saya akan menulis sedikit pengalaman yang manis (?) semasa saya sembahyang tarawih pada suatu malam dalam bulan Ramadhan.
Seperti yang saya tulis dalam ‘Curi Makan Kuih Moreh’, semasa saya masih kecil, rumah-rumah di kampong saya belum masuk api elektrik. Selain daripada itu, apa yang saya lihat kebanyakan rumah mempunyai tandas yang terletak di luar rumah. Tandas fesyen lama; iaitu sebuah bangunan tandas berukuran lebih kurang tiga kaki persegi dibina jauh di belakang rumah. Lantai tandas ditinggikan, serta sebuah lubang ditebuk di tengah-tengah lantai. (Tak payahlah saya tulis apa yang berlaku seterusnya). Keliling tiang tandas ditutup dengan kain-kain buruk atqau guni beras, supaya pandangan tidak tercemar. Apabila angin bertiup… Mak ai baunya… Itu adalah senario pada waktu itu, awal tahun enam puluhan di kampong saya, Kampung Batu Enam Bakri
Surau di kampung saya pun tidak terlepas daripada senario yang sama, masih menggunakan lampu gas dan pelita minyak tanah.Sekarang apabila difikirkan semula, adakah tandas di kawasan surau rupanya juga seperti itu? Atau langsung tiada tandas? Kalau ada, tentu dalam kelam malam, ia sangat gelita. Eee… seram! Oleh kerana tidak pernah menggunakannya saya tidak pernah melihat rupa tandas itu, serta tidak pernah mempedulikannya. Apakah kaitan senario di atas dengan sakit perut waktu tarawih?
Satu kali semasa saya di sekolah rendah, saya pergi bertarawih di surau seperti biasa pada malam bulan Ramadhan . Ketika hendak pergi, perut terasa sedikit memulas, tetapi saya tahankan sahaja, rasa-rasanya ia akan baik sendiri. Sementara menanti bilal azan, saya berborak-borak dengan kawan, terasa senak perut beransur-ansur hilang.
Apabila sembahyang tarawih bermula, rasa memulas datang semula sedikit tetapi saya teruskan sembahyang sambil berharap ia akan beransur-ansur hilang. Saya fikir saya akan pergi buang air besar setelah berada di rumah selepas selesai solat tarawih. Kenapa saya perlu tunggu hingga selesai solat tarawih? Ini adalah kerana saya teringat pesanan ibu, ‘Pergi ke surau tu sembahyang tarawih sampai habis. Dah sudah balik.’
Sembahyang tarawih berterusan daripada rakaat ke rakaat manakala rasa sakit perut semakin lama semakin kuat. Saya cuba bertahan semampu yang boleh. Imam baru selesai rakaat kelapan. Ya Allah! Masih lama lagi untuk mencukupkan dua puluh tiga rakaaat. Mengapa imam baca lambat-lambat? Selalunya imam baca cepat. Saya kuatkan kemutan, badan mula terasa berpeluh. Bulu roma mula berdiri. Bintik-bintik peluh sejuk keluar dari celah-celah liang roma. Saya sudah tidak boleh berdiri qiam dengan tenang. Tidak boleh bertahan lagi. Mesti balik segera, buang air di rumah! Aduhhh…!
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
-
Salam. Semalam 14 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H, genap 3 tahun pemergian bonda Tuminah. Al Fatihah. Sehubungan itu...
1 comment:
Walaikumsalam....
Nasib Baik Tak Terbuang Di Tgh Jalan....Hehehehe
Post a Comment