Salam. Berbuka puasa hari ketiga dengan sederhana. Nasi putih, ikan masak sambal, sayur sawi goreng, sedikit kuih dan teh 'o'.
Teringat semasa dahulu, ibu menyediakan kuih jemput-jemput pisang dalam kuantiti yang besar sebagai juadah berbuka. Apabila siap, Kak Long menghantar sepinggan untuk setiap jiran berhampiran, kiri dan kanan rumah. Kemudian Kak Long pulang membawa sepiring kuih pemberian jiran-jiran tersebut sebagai balasan. Sampai waktu berbuka, yahoo! Ada tiga jenis kuih; jemput-jemput pisang, lepat pisang (kami panggil 'lemit' pisang) dan ubi godok (ubi rebus) siap dengan sambal tumis lagi.
Pada waktu itu, ‘Bazaar Ramadhan’ belum wujud dekat dengan kawasan kami. Oleh itu, semua makanan disediakan oleh ibu dengan bantuan Kak Long. Kadang-kadang ibu mengerah adik beradik supaya menolong menyediakan makanan. Misalnya apabila membuat kuih tembusa (karipap), adik beradik sibuk mengadun tepung lalu memotongnya dalam bentuk bulat menggunakan gelas minuman manakala ibu menyediakan inti keledek. Inti keledek kemudian akan dibubuh ke atas adunan tepung yang telah dipotong. Lalu adunan berisi inti tadi dilipat dua, langsung di’kelim’ kelilingnya. Setelah digoreng, tembusa tadi akan mengeluarkan bau yang harum. Warnanya kuning keemasan, sama warna dengan pipi ibu yang gebu. Rasa tak sabar nak berbuka.
Sekarang, ramai yang membeli juadah berbuka di bazaar Ramadhan sahaja, sebab penat lelah bekerja belum hilang apabila sampai di rumah. Lagi pun ramai yang mampu untuk berbelanja.
Suasana bertukar-tukar juadah berbuka kelihatannya masih diamalkan dalam kalangan masyarakat melayu ketika bulan Ramadhan ini. Amalan yang baik ini wajar diteruskan, kerana banyak kebaikan yang boleh kita perolehi.
Hingga jumpa lagi. Borhan
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
-
Salam. Semalam 14 November 2010 bersamaan 7 Zulhijjah 1431H, genap 3 tahun pemergian bonda Tuminah. Al Fatihah. Sehubungan itu...
2 comments:
Sedap Jemput2 Pisang Ni..Lebih2 Lagi Kalau Tgh Panas...Hari Pertama Puasa Kak Ngah Beli Sagu Rendang...Masa Bebuka Tak Leh Nak Makan Dh Basi....Lepas Tu Dua Tiga Org Kawan Bang Ngah Beli Kuih Di Bazar Ramadhan Pun Mengalami Nasib Yg Sama.....Lebih Selamat Masak Sendiri.....Huhuhuhuhu
Memanglah. Dulu masa di KL beli juadah berbuka, pun basi, apa lagi yang untuk bersahur. Pukul 5.00 pagi tak boleh makan. Hu hu hu...
Post a Comment