Popular Posts

Friday, July 29, 2011

Ais Krim Malaysia

     Semasa saya darjah satu sekolah agama Kerajaan Johor, juga dipanggil Sekolah Petang...

     Biasanya lepas balik Sekolah Petang pukul 3.00, saya akan duduk-duduk di rumah menunggu ayah dan ibu balik sekolah jam 6.00.  Tempat kegemaran saya ialah tingkap rumah yang menghala ke jalan raya.  Ketika itu, akan lalu seorang lelaki Cina dipanggil Boge (baca 'bo geh') menunggang basikal menjual aiskrim Malaysia.  Setiap kali dia lalu, saya akan seru dia dari dalam rumah untuk membeli ais krim Malaysia perasa sarsi.  Lama-lama dia kenal akan saya dan memanggil saya "Anak Cikgu".
Ais krim Malaysia

     Satu hari, seperti biasa saya memanggilnya untuk membeli aiskrim.

     "Esok aa, kalau lu beli ais krim satu aa, gua kasi lu satu free," Bogey berkata kepada saya.

     "Betul kah?"

     "Betul apa gua cakap."

     Petang itu saya memberitahu Bang Ngah bahawa Boge akan memberi saya sebatang aiskrim Malaysia perasa sarsi sebagai hadiah kalau saya membeli ais krimnya esok.

     Bang Ngah rasa teruja dan ingin mendapat hadiah sama seperti yang akan saya dapat. Dia akan membeli sebatang ais krim Malaysia daripada Bogey supaya mendapat hadiah. Maka esoknya dia bersama-sama saya menunggu Boge datang. 

    Benar seperti yang dijanjikan.  Boge memberikan saya sebatang aiskrim sarsi bersama-sama sebatang yang saya beli dengan harga lima sen.  Tetapi Bang Ngah hanya mendapat sebatang yang dia beli sahaja kerana dia tidak termasuk dalam perjanjian.

     *            *          *          *         *          *

     27 tahun kemudian, saya terserempak dengan Boge di hadapan rumah saya di Taman Sti Jeram.
  
     "Anak Cikgu!" dia menjerit kepada saya sewaktu saya sedang membuka pintu pagar rumah untuk keluar.

     "Eh, Boge ya?  Awak tak banyak berubah laa.  Masih serupa dulu jugak."  Lalu kami pun berbual-bual.
Menunggu cina ais krim datang.  Tensionnya...

   

3 comments:

Nabiilah Borhanudin said...

Besnye aiskrim mlaysia =)

Unknown said...

Assalamualaikum....

Tempohari Kak Ngah Tgk Org Buat AisKrim Malaysia Kat TV...Sedapnya....Rasa Nak Ngapp!! Jer..

hassny said...

Cerita yang menarik....mengingatkan saya zaman kanak-kanak dimana ada 2 orang India Muslim, seorang berserban dan sorang lagi bersongkok haji,naik basikal jantan yang ada bakul dibelakangnya (penuh dengan roti dan asikrim malaysia)berjaja diseluruh kampung. Masih ingat lagi namanya...Pak Hj Mamat dan Pak Mustakim...dua-dua dah kembali ke India.