Terima kasih kepada Kak Lyn Rosly, hassny dan yna@ShuK Ibnu NoOR yang sudi komen. yna@ShuK Ibnu NoOR"nk nasi ambeng gak pak ude...", Mak pandai masak nasi ambeng terutama bila bergabung ngan Mak Ndak, Cik Non Parit Besar dan Mak Usu: ayam masak kicap, serunding, wrrgh, juling-juling mata Cik Halimin serta keluarganya ketika menikmatinya ketika arwah Tok Aji dan Tok Ajah masih ada. Nyai kat Sungai Balang pun apa kurangnya, siap kuah lagi.
Kak Ngah leh tuntut Kak Long ajarkan, lepas tu boleh masuk dalam ruangan http://linrosly.blogspot.com/ pasti peminat kagum dan teruja nak rasa masakan Kak Lyn. Allahu Akbar!
Di Kampung Batu 6 dulu ada satu rumah, dia punya nasi ambeng 'original', yakni selain daripada lauk biasa yang saya sebutkan dalam pos sebelum ini, ada di tambah lagi beberapa aksesori yang saya sendiri tak reti nak sebut. Apabila nak balik, saya puji dia, saya kata "Lain kali buat lagi yang macam ni," dia jawab " Insya Allah kalau terdaya," Orang itu nama Ghani Sidek. Malangnya, hasrat murni saya dan dia tak kesampaian apabila dia jatuh sakit lalu meninggal dunia dalam usia 62 tahun tak lama kemudian.
Saya fikir apa yang berlaku di tempat saya dan juga di tempat Hj Hassny dulu, juga berlaku di tempat-tempat lain yang menyajikan nasi ambeng; ini budya orang Jawa. Saya tak pasti sama ada orang Banjar dan Bugis mengmalkan budaya ini atau tidak, atau pun masyarakat jawa di negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, juga mengamalkan budaya ini.
Memang benar kata hassny said... 'ambeng sekarang moden, dah siap berbungkus berikat empat-empat dalam beg plastik.' Di sesetengah tempat, itu lah yang berlaku. Mungkin tuan rumah nak memudahkan tetamu. Lagipun daun pisang tak banyak di sekeliling rumah, atau pun nasi ambeng tu sebenarnya disediakan secara 'catering' (ewah... nasi ambeng dah jadi satu bisnes yang menguntungkan); satu bungkus, RM3.50. Almaklum zaman sekarang, orang sibuk bekerja. Tak sanggup nak menyediakan juadah yang mengambil masa sehari suntuk, badan letih mengemas, anak-anak tak dapat menolong kerana jauh, tetapi pada masa yang sama ingin menyajikan tetamu dengan konsep tradisional yang disertai dengan sedikit pemodenan. Walau bagaimanapun, niat ikhlas itu wajar diberi kredit.
Tentang 'ceriita nasi Ambeng Moden.....kadang2 bila balik bawa 'bontrot' ambeng moden bila sampai rumah, sekali buka bungkusan, Laa...nasi ayam rupanya... kadang2 yang muncul nasi campur aje, ada sesekali dapat nasi lemak.Nampak sangat orang sekarang main tangkap muat aje. Padahal telah dihebahkan seluruh kampung sebelum ini, bawa Nasi Ambeng.', that is naughty. Malang sekali sampai berlaku seperti itu. Untuk memburukkan keadaan, nasi ambeng yang dibontrot dalam polisterin cuma ngam-ngam untuk seorang makan, bebeza dengan nasi ambeng dulu yang memang disediakan banyak supaya anak-anak di rumah boleh menikmatnya bersama. Demikianlah masa mengubah segalanya. Nasi lemak pun dah tak guna daun pisang lagi. Mana yang sediakan nasih campu, lagi haru! Cian Hj Hassny. Agaknya orang tu lum belajar buat nasi ambeng barangkali. Hj Hassny kena ajar dia nih har har har... Mungkin KEMAS mungkin boleh menganjurkan kursus penyediaan Nasi Ambeng supaya supaya budaya ini tak pupus, betul tak? Saya teringat cerita ringkas yang diceritakan oleh seorang kawana. Ceritanya begini:
'Dulu orang bila sebut je nasi ayam, apa yang tergambar dalam fikiran mereka ialah nasi semalam yang dicampur dengan lauk dan sayu yang tak habis dimakan, atau nasi sahaja yang direndam dalam periuk diberi makan ayam ternakan (ayam kampung) pada waktu pagi. Sekali peristiwa, seorang gadis kampung berkahwin dengan pemuda bandar lalu dibawa suaminya hidup di kawasan bandar. Satu malam sang suami balik dari kenduri lalu berkata kepada isterinya,
"Dalam kereta tu ada nasi ayam, gi lah ambik," katanya sambil menuju ke bilik tidur.
"Baiklah Bang," sang isteri menjawab tetapi dia tidak pergi mengambilnya kerana fikirnya "Alah cuma nasi ayam, esok boleh ambik. Lagi pun kita mana ada bela ayam?"

Salah satu posting Kak Lyn dalam blognya seperti yang tertulis di atas. |

Nasi ayam |
'Dulu orang bila sebut je nasi ayam, apa yang tergambar dalam fikiran mereka ialah nasi semalam yang dicampur dengan lauk dan sayu yang tak habis dimakan, atau nasi sahaja yang direndam dalam periuk diberi makan ayam ternakan (ayam kampung) pada waktu pagi. Sekali peristiwa, seorang gadis kampung berkahwin dengan pemuda bandar lalu dibawa suaminya hidup di kawasan bandar. Satu malam sang suami balik dari kenduri lalu berkata kepada isterinya,
"Dalam kereta tu ada nasi ayam, gi lah ambik," katanya sambil menuju ke bilik tidur.
"Baiklah Bang," sang isteri menjawab tetapi dia tidak pergi mengambilnya kerana fikirnya "Alah cuma nasi ayam, esok boleh ambik. Lagi pun kita mana ada bela ayam?"
2 comments:
Assalamualaikum...
Terimakasih sudi tayang kek kukus Kak Ngah tu...hehehe
Satu hari nanti mmg nak buat juga nasi ambeng..lepas tu nak tayang kat blog...hehehehe.
Rindu Masakan Mak! huhuhuhuhu - Al-Fatihah
Dialu-alukan...
Post a Comment