Popular Posts

Sunday, March 6, 2011

Nasyid Maulidur Rasul SAW

     Ada satu nasyid yang didendangkan oleh sebuah kumpulan Nasyid di Balai Raya Bakri Batu 5 semasa sambutan Maulud Nabi SAW satu ketika dulu. Antara anggotanya yang saya kenal ketika itu ialah Kak Mah (Salmah Hamdan, anak Pak Uteh Batu 6)  Saya lihat beberapa orang perempuan dewasa mengalirkan air mata semasa nasyid ini berkumandang.  Lagunya puan saya masih ingat, tetapi saya tak dapat nak mendendangkannya di sini.  Cuma sebahagian senikatanya sahaja yang dapat saya tuliskan.  Mana tau, mungkin anda ingat akan lagunya, dan ini menimbulkan kenangan silam.

     Nabi Muhammad putera Abdullah
     Lahir ke dunia di negeri Mekah
     Menjadi rasul pesuruh Allah
     Kepada makhluk tinggi dan rendah

    Na na na...
     Arab dan 'Ajam di tanah yang suci
     Keempat sahabat yang sangat dikasihi
     Abu Bakar Omar Othman dan Ali

     Nabi Muhammad putera ...(Korus)

    Wafatlah Nabi di negeri Madinah
     Jenazah dimakam di negeri yang bertuah
     Tinggallah sahabat menjadi khalifah
     Menjalankan syariat Muhammad Rasulullah

2 comments:

Anonymous said...

Orang2 dulu memang kaya dengan gurindam, nasyid dan marhaban berunsurkan kecintaan pd Nabi.....alangkah baiknya agar lirik serta melodinya di dokumentasikan untuk tatapan generasi akan datang....

Borhan Mohamed Dali said...

Memang betul tu anonymous. Alangkah baiknya agar lirik serta melodinya didokumentasikan... Liriknya tak ingat semua sebab masa tuh saya masih kecil, lagipun tak mampu nak memiliki alat rakaman, manakala melodinya cuma kekal dalam ingatan je... Kalau cukup senikatanya, mungkin boleh rakamkan. Tapi suaraku macam katak pulok. Malu aih...