Popular Posts

Saturday, January 22, 2011

Selamat Bersara Mr Koh Kiak Kee

Saya berasal dari Kampung Parit Sakai
Umurnya cukup 58 tahun pada hari Isnin 17 Januari 2011.  Tarikh persaraannya.  Dia berasal dari Kampung Parit Sakai Jalan Datuk Hj Kosai.  Mula bersekolah di 'Ismail School Muar' bersama-sama beberapa orang budak Parit Sakai. 
Sekolah Ismail 2 (sekarang)
Kawan-kawan di sekolah memanggil mereka 'Sakai'.  Bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar.  Membuat pelbagai kerja selepasa MCE 'Malaysia Certificate of Education'.  Memasuki maktab perguruan di Pulau Pinang lalu mengajar di Pontian, kemudian bertukar ke SMK Tun Mamat Tangkak dan seterusnya ke SMK Tengku Mahkota Muar
.

     Beliau lambat mendirikan rumah tangga kerana 'banyak girlfriends' semasa di Pontian.  Oleh kerana beliau mengajar sesi petang, beliau memasak makanan tengah hari untuk dirinya dan keluarga sementara isterinya memasak makanan malam untuk keluarga.

     Beliau menghabiskan banyak masa membaca dan mengikuti perkembangan di dalam dan luar negara..  Kemudian ke kedai kopi.  Pelanggan kedai kopi akan menanya banyak soalan berkaitan perkembangan semasa kepada beliau dan beliau akan menjawabnya serta membetulkan mana-mana fakta yang tidak betul.

     Pengetua SMK Tengku Mahkota kata, "Bukalah kelas tuisyen?"

     "Saya dah cukup wang.  Saya mahu berehat bersama keluarga," jawabnya.

Tuan Pengetua

     Itulah dia Mr Koh Kiak Kee.  Selamat bersara!

No comments: