Shintaro dan Tombei |
Pedang Samuri |
Ninja |
Kali ini saya akan menulis sedikit tentaang permainan yang kami lalui semasa kecil. Main pedang-pedang. Kami buat pedang simple aje... Potong anak pokok getah sebesar ibu jari orang dewasa sebih kurang sedepa panjangnya. Kikis kulitnya yang bahagian mata pedang. Zam zam allakazam! Dah jadi. Nak lebih cantik, ikatkan kayu silanga sikit. Yang lebih kreatif, masukkan tempurung dekat pemegangnya. Kemudian main pedang-pedang. Buat dua kumpulan. Lawan.
Kadang-kadang kami buat pedang daripada papan terpakai. Rupa bentuk macam pedang Ivan Hoe. Fungsinya sama, cuma orang yang mempunyai pedang ini rasa bangga kerana ia lebih cantik.
Sekali peristiwa peristiwa tu, tahun 1970, ketika sedang bermain pedang-pedang Nana tercucuk pedang dekat dengan mata kirinya. Kelam kabut ayahnya membawanya ke hospital untuk diperiksa sementara abangnya pergi ke sekolah seperti biasa. Petangnya bila dia balik ke rumah, didapatinya adiknya telah ditahan di wad. Menangis dia. Sayang nar dia kat adik kembarnya itu.
2 comments:
Bahaya Tu...Terkena Mata....
hehehe:)
Post a Comment