Popular Posts

Monday, October 18, 2010

Momong Adik

     Ku masih ingat lagi semasa kecil, apabila emak dan abah hendak pergi mengajar, mereka akan membawaku bersama adik Badar ke rumah Embah Jamilah di kulon supaya embah boleh momong (jaga).  Aku berlari-lari anak mengejar abah yang berjalan pantas mendukung adik serta membimbit bakul (bakul lampin barangkali...).  Tentang Abang Ngah dan Kak Long, aku tak berapa ingat, mungkin mereka sudah pun mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu Lima pada waktu itu.

     Di rumah Embah Jamilah terdapat dua orang sepupuku yang  sebaya tinggal di situ; Kaka dan Nana (adik beradik kembar anak Busu Ruminah).  Sepanjang petang kami bermain bersama.  Kadang-kadang ada orang perempuan datang menggendong kuih, kalau tak silap Wak Ngadinah namanya.  Dia berjaja kuih muih dari rumah ke rumah.  Apabila Embah Jamilah memanggilnya, dia akan duduk di anak tangga paling atas dan membuka bungkusan yang digendongnya, akan kelihatanlah berjenis-jenis kuih menggamit selera.  Tembusa, kasturi, pisang goreng, ku tak dapat nak mengingat kesemuanya.  Embah Jamilah akan membeli kuih dan kami dapat makan seorang sedikit.  Enaknya kuih kasturi, manis, masih hangat lagi.

     Pada waktu lain, Embah Jamilah mengupas buah limau bali yang dipetik daripada pokok berhampiran rumah lalu menyuakan kepada kami.  Sedap limau bali tersebut, manis.  Tapi ada pahit sedikit.

Macam motor Pak Usu. Perhatikan lampu depannya.
     Rumah Embah Jamilah kedudukannya dikelilingi oleh rumah Mak Itam, Wak Aim, Wak Ong, Mak Ngah dan Bang Long Katup (Bang Long Talib).  Anak Mak Itam yang lelaki pada waktu itu ialah Sodin.  Rumah Wak Aim telah tiada, kerana beliau telah pindah ke tapak baru (tapak rumah yang sekarang telah dibina rumah Rafiah (Ayun).  Pada waktu petang, Pak Usu Ali (ayah kembar Nana dan Kaka) pulang ke rumah Embah Jamilah dari mengajar menunggang motor Lambretta.  Dari selepas jambatan berhampiran pokok buluh (sekarang dah tak ada), anak-anak saudaranya bertenggek di keliling beliau.  (Lantai motor Lambretta memanjang dari depan ke belakang, membolehkan ramai budak berdiri di atasnya sambil berpaut pada motor).  Motor Lambretta ni pelik sedikit, lampu depannya lekat dengan body depan, bukan lekat kat handle.  Oleh itu, apabila ia membelok pada waktu malam, cahaya lampunya tidak ikut 'menoleh', tapi statik macam lampu kereta (tengok gambar di sebelah).  Berbeza dengan motor Lambretta Wak Ong, lampunya lekat dengan hendal, bila motor belok, dia pun ikut 'menoleh'.

     Tidak lama kemudian, rumah Embah Jamilah telah dipindahkan ke tapak rumah Pak Usu Ali yang ada sekarang, di sebelah wetan rumah Abah.  Kemudian Mak Itam menyusul, membuat rumah di belakang rumah Abah, atas tanahnya sendiri.  Tinggallah rumah Mak Ngah, Bang Long Katup dan rumah Wak Ong.  Kemudian Bang Long masuk Felda di Air Tawar Dua.  Apabila Mak Ngah tinggal dengan Bang Nal di Kuala Lumpur, rumahnya dijual dengan Wak Lajim. 

     Kosonglah kawasan itu daripada rumah orang, sehinggalah Zamzam buat rumah beberapa tahun yang lepas.  Kemudian baru-baru ni Bang Hamid Wak Aim pula membuat rumah di tanahnya di situ.

2 comments:

Unknown said...

Salam...

Melalui Blog Ini Dapatlah Kak Ngah Mengetahui Sedikit Sebyk Cerita2 Sebelum Hadirnya Kak Ngah Dalam Keluarga Abah & Mak...Terima kasih.

Maaflah Blog "linrosly2u" Tak Dapat Nak Di Teruskan Sebab Kak Ngah Tak Punya Byk Masa Nak Update Selalu....Insya Allah Jikalau Ada Kelapangan Akan Diteruskan....Buat Masa Ini Kak Ngah Hanya Menumpukan Perhatian Pada Blog "linrosly"...

Borhan Mohamed Dali said...

Ooo... patutle.

Yg kisah Bang Ngah tu, yang saya terlibat aje yg saya tau. Yg lain kene tanya dia sendiri le hee hee, har har har...