' Nanti tulis kat blog ye?' kata Bang Gani.
Memang nak tulis dalam blog pasal berbuka puasa di rumah Emak bersama Bang Ghani, Andak dan Mai, Cik Non and anak-anak dan Muzaf anak beranak. Saya sendiri bersama Ruby dan Rashidah. Sambil berbuka sambil mengingat detik-detik manis semasa Emak dan Abah masih ada.
Berbuka mengambil masa yang lama. Abah pergi surau sembahyang maghrib selepas berbuka. Apabila abah balik, barulah masing-masing cepat-cepat nak bangun sembahyang. "Aku dah tau dah..." kata Abah.
Cik Non mengajuk kata-kata Emak apabila perut Emak cepat-cepat nak terkentut sebaik sahaja lepas mengambil wudhuk.
"Ak Alaah... Asal lepas aje ambik air sembahyang, kentut. Asal lepas aje ambik air sembahyang, kentut," gerutu Emak. "Ni biasa ni, biasa ni, tuu maan dia," katanya lagi sambil memukul-mukul punggungnya.
(Sampai di sini berhenti dulu kerana nak buat perkara-perkara lain. Kemudian dilanda demam. Bila kebah, dah hilang ide. Lebih poskan dulu sebelum hilang. Selamat membaca).
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut. Sesungguhnya mereka yang terlibat secara lan...
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
3 comments:
demam? kesiannye.. bile lagi bleh buka ramai2?
ahlan ya syawal... ada khabar angin kata mungkin raya hari khamis, kalau betul....? Ingat tak masa dulu-dulu.. bila kata esok raya je... bunyilah "kok..kok..kok..ketook !" terbang sana terbang sini, kene kejar dek orang, dari rumah deris sampai rumah wak juber... masing-masing kejar masukkan bawah rumah, sampai terjatuh-jatuh, kena kaca punggungnya.. dibawa jumpa doktor, doktor kena kentut... agaknyalah. Tapi tu memang seronok, zaman kita kecik2..
-acik cute-
Kpda Anonymous, kene kaca tu kat rumah Pak Usu. Kaca yang berbaris tepi rumah. Zass! meluek, merah. Eee... ngerinya. Yang kena kentut tu doktor India kalau tak salah. Yaann ye...
Kepada Akhir Mujahied, bila lagi nak buka ramai-ramai? You name it, I try to make it. Makan berkawan, jangan makan kawan. Yo...
Post a Comment