Popular Posts

Thursday, December 8, 2011

Akademik Daya, Maktab Adabi Maharani

     Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut.  Sesungguhnya mereka yang terlibat secara langsung sama ada sebagai staf akademik dan bukan akademik (misalnya En. Bahrain bin Sidek - kerani) atau pun sebagai pelajar (ini yang ramai) tentu masih ingat lagi nama hebat itu kerana kedudukan dan cara pelaksanaan pengurusan yang saya lakarkan agak detail.

     Maktab Adabi Maharani adalah saingan sihat yang terletak di Jalan Khalidi (seperti yang pernah diceritakan oleh Pn. Hjh Mussalmah Musiran yang mana Tn. Hj. Md Nor salah seorang muridnya yang sangat meminati kelas Geografi beliau).  Sekolah Menengah Md Yasin pula (seperti yang ditulis Tn. Hj Hassny) terletak di Batu 1 1/4 Jalan Bakri; lebih kurang 200 meter selepas Sekolah Arab Sa'diah (juga kepunyaan Tn. Hj Mohd Yasin) belok kanan.  Institut Pendita pernah terakam dalam minda saya satu ketika.  Kalau tak silap saya ia juga terletak di Jalan Bakri.  Institut Maharani di Jalan Sulaiman.  Tentang Institu Halaman Cemerlang pula, saya tidak sedar akan kehadirannya.  Mungkin ketika itu saya jarang balik kampung.  Sedang berkhidmat di luar negeri (berkhidmat di Pahang, luar negeri Johor).
Sebahagian daripada Maktab Adabi Maharani

Maktab Adabi Maharani
Sekolah Arab Sa'diah di Batu 1 1/4 Jln Bakri masih ada hingga sekarang.
Sekolah Arab Sa'diah dilihat dari Jalan Hashim.
     Kalau Allah yarham Dato' Abdul Aziz Md Yasin mengiktiraf Muar sebagai 'the site of the intellectuals' saya tidak terkejut.  Mungkin ramai anak Muar tidak sedar bahawa satu ketika dahulu terdapat sebuah Maktab Perguruan di Muar dipanggil 'DTC' (Day Training Centre).  Lokasinya di Tanjung atau Jalan Timbalan.  Barang kali bangunan kayu yang digunakan Sekolah Akademik Daya dulu adalah 'Day Training Centre'?  Saya teringat seorang rakan guru (Cikgu Zainon namanya) semasa saya membuat latihan mengajar di SK Salak Nama, Rembau, Negeri Sembilan menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi Guru Pelatih di DTC Muar.

     Hidup BANDAR MAHARANI!



No comments: