Salam buat semua. Malam ni malam 30 Ramadhan. Belum pasti esok puasa atau raya. Malam ni malam terakhir sembahyang sunat tarawih 1431 Hijrah. Tahun depan belum tahu jumpa atau tidak. Alahai...
Semalam berbuka di rumah Andah Badar. Tidak seperti dijangka, Abang Ghani tiada. Dengarnya balik berbuka di Segamat. Itulah sebaik-baiknya. Berbuka bersama keluarga. Bersama ibu dan ayah sementara mereka masih ada. Kalau dah tak, hu hu ...
Seperti biasa, daun ketupat dah siap dianyam. Husna dan Rashidah dah belajar. Ramai yang buat, cepat siap. Tinggal isi dan rebus. Insya Allah akan dilakukan esok. Tetapi malangnya, saya bertugas esok.
Err... terima kasih kepada Nurul menjadi 'pengikut' (follower). Sudilah mengikuti blog hamba dan taipkan pandangan-pandanganmu. Agar hamba dapat memperbaiki lagi performance.
Hidup ini jua hanya pinjaman
Untuk kita memilih antara 2 jalan
Jalan Rasulullah saw terangkan
Jalan Syaitan iblis gelapkan
Tiada diantara keduanya
Apakah kita masih dipersimpangan?
Berpatah ke belakang tiada mungkin
Tetapi di depan Taubat jadi pemangkin
Bila bersara disambut Mungkar & Nakir
Bila tidur selama-lamanya seorang muslim di alam kubur,
maka,
solatnya akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanan nya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Daa untuk semua ...
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut. Sesungguhnya mereka yang terlibat secara lan...
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
3 comments:
Salam....
Pada Malam Tu Abg Ghani Berbuka Di Rumah Kak Ngah....Seronok Berbuka Ramai2....
Abes, nk wt mcm mana. Dah ada jadualnya... lagipun lambat dpt infomasi la pak uda.... maaf ye...
Post a Comment