Dulu berbuka puasa di rumah Abah. Hari ini Insya Allah akan berbuka puasa di rumah adinda Badar. Bermakna saya akan tidak pergi jemputan majlis Khatam Al Quran di Masjid Parit Hj Zin. Tak apalah, tahun lepas dah pergi.
Siapakah yang akan bersama-sama di sana agaknya? Mungkin Abang Ghani, sebab dia suka perkumpulan seperti ini. Lagi pun, dia duduk di Serom, mudah untuk datang. Selain dia, mungkin Cik Non sekeluarga, Muzaf sekeluarga. Kak Long mungkin susah sikit, sebab hari ni hari kerja. Tapi kalau nak datang, pukul 5.30 petang dari Segamat, pukul 7.00 petang dah sampai. Kekanda tu semangat nak berjumpa adik-adiknya kuat. Segan rasanya.
Selamat bertemu di rumah Andak Badar kul 7.14 malam nih. Tak sabar nak tengok adik beradik rame-rame. Kata Emak dulu, 'adik beradik seng rukuun, ojo kerahan waee...'
Tiba-tiba ana teringat malam ini malam 28 Ramadhan. Ustaz Hasmadi SMKTM beritahu 'menurut petua Imam Shafie, kalau 1 Ramadhan jatuh pada hari Rabu, malalam lailatul Qadar pada malam 29 Ramadhan.' Wallahu a'lam.
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Tahniah Hj Hassny kerana memberi terkaan yang tepat tentang nama sekolah swasta tersebut. Sesungguhnya mereka yang terlibat secara lan...
-
Kanak-kanak seusia saya tidak banyak permainan yang dibeli di kedai. Kebanyakan alat permainan dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan...
-
Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua h...
No comments:
Post a Comment