Popular Posts

Thursday, August 19, 2010

Sakit Perut Waktu Tarawih (2)

Sebaik selesai sahaja rakaat kelapan, saya terus terjun dari surau (waktu itu perlu menuruni beberapa mata anak tangga), capai basikal lalu berkayuh dengan lajunya dalam kegelapan malam menuju ke rumah.!
Sampai di rumah, saya segera mencampakkan basikal lalu berlari menuju tandas. Ketika itu, apa yang saya kandung sudah mula menjenguk. Sedikit-demi sedikit ia keluar, mengotori kedua-dua peha lalu mengenai seluar yang saya pakai (saya memakai sepasang baju melayu dan seluar melayu, belum layak untuk memakai kain pelekat kerana masih kecil). Saya sudah hilang harap. Semakin dekat dengan tandas, semakin banyak yang keluar. Sampai di tandas, dah habisss…