Popular Posts

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak Hari Satu

Assalaamualaikum!  Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.  Hari pertama puasa, rasa biasa-biasa saja.  Pagi-pagi ni, belum rasa lapar.  Biasanya kalau rasa lapar, cuma pukul 10.00 sebab itu masa minum teh.  Kemudian pukul 1.00 sebab masa makan tengahari.  Lepas tu tahan sampai petang. Insya Allah. Masa kecil dulu baru belajar puasa hari pertama, waktu pagi terjumpa pisang asam kat bawah dapur (dulu dapur kayu). Makan dua biji, sedapnya bukan main.  Kemudian keluar rumah, emak dan kakak sedang menggergaji kayu.  Saya beritahu mereka.  Mereka melihat dengan pandangan semacam.  "Engkau tak puasa ker?"  Laa baru teringat.  Nak buat macam mana?  Tahan laa sampai petang.  Kini emak dah tak ada.

1 comment:

Lin Rosli said...

Assalamualaikum.....

Kenangan Lalu Bersama Mak & Abah Mmg Sukar Untuk Di Lupakan.....

Al-Fatihah Utk Mak & Abah...Semoga Mereka Disana Di Tempatkan Bersama-sama Org2 Yg Beriman Dan Beramal Soleh.....Amin....