Popular Posts

Wednesday, August 25, 2010

Main Buaian Bawah Rumah

            Seperti rumah-rumah kampung yang lain, rumah bapa saudara yang saya panggil "Wak Aim" didirikan di atas tiang kayu.  Lantai rumah itu tingginyakurang lima kaki dari tanah, membolehkan kanak-kanak masuk ke bawah rumah tanpa perlu membongkok.  Wak Aim membuatkan buaian di bawah rumah.  Buaian tersebut di buat dengan cara menyelitkan sebatang kayu beruti di celah-celah gelegar rumah dan disangkutkan dua tayar basikal terpakai di kedua-dua hujung kayu beruti tersebut.  Kemudian Wak Aim membubuh dua keping papan tebal di atas kedua-dua tayar basikal terpakai tersebut.
Ramai kanak-kanak yang bermain buai buatan Wak Aim.  Sambil menghayun buai, mereka menyanyi.  Antara lagu yang sering dinyanyikan ialah “Rasa Sayang He”.  Di celah-celah korus, mereka  akan berpantun bergilir-gilir.  Antara yang masih saya ingat:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan
Kemudian diikuti oleh korus ;
            Rasa saying he rasa sayang sayang he
            He lihat nona jauh rasa sayang sayang he
Kemudian pantun;
            Kapal terbang tiga sederet
            Tengah-tengah membawa paku
            Anak dara tiga sederet
            Tengah-tengah endutnya* aku  (endut = girlfriend atau awek)
Begitulah seterusnya.
            Semasa saya dalam darjah tiga, saya selalu bermain buai seperti yang diceritakan di atas.  Tetapi buaian ini dibuat oleh ayah di bawah rumah kami.  Saya selalu bermain bersama-sama adik saya, Badar sambil menyanyi-nyanyi lagu popular ketika itu.  Badar suka lagu “Bila Berkasihan” nyanyian Rafeah Buang, tetapi saya tak pasti sama ada lagu itu sudah ada atau pun belum pada waktu itu.   Yang saya ingat pula, lagu yang selalu berkumandang di corong-corong radio ketika itu ialah lagu yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais "Dewi Hati".  
            Err... kalau teringin nak dengar lagu tu, sila klik alamat di bawah
http://www.4shared.com/audio/X3U6Yl56/Ahmad_Jais_-_Dewi_Hati.htm

2 comments:

Lin Rosli said...

Salam.....
Masukkan Lagu2 Yang Di Minati Tu Kat Dalam Blog....Bila Buka Blog Terus Ada Dendangan Lagu Yg Di Minati....

Borhan said...

Yang tu baru nak belajar, Tok gurunya dah merajuk. Ish, ish, ish...