Popular Posts

Monday, October 4, 2010

Senjata Mainan

      Terima kasih kepad Abang Ngah dan Akmal kerana sudi mem'follow' blog ini.  Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat daripadanya.  Satu yang saya musykil, salah seorang follower kita ni 'Nurul' namanya.  Nurul mana ni ye?  Misteri, misteri.  Kalau Nurul sudi terangkan sedikit latar belakangnya, alangkah bagussnya.  Tambah kenalan kita ek?  Alright, hari ni saya nak cerita sedikit tentang senjata yang kitorang hasilkan sendiri melalui daya kreativit kitorang masa kecil-kecil dulu.

    Ada beberapa jenis senjata mainan yang dibuat sendiri.  Ada senapang getah, senapang bal, pistol getah, keris kayu dan zing, pedang, panah, parang dan lontop.

     Senapang getah, adalah lebih kurang lastik, cuma ia dalam bentuk senapang.  Larasnya diperbuat daripada buluh yang dibelah sedikit untuk membolehkan getah yang diikat di hadapan ditarik kebelakang.  Di hujung laras, getah tiub basikal diikat seperti lastik.  Di hujung getah ini diikat picu sepanjang satu inci yang diperbuat daripada kayu.  Untuk menembak, getah yang diikat di hujung laras ditarik ke pangkal lalu disangkutkan di belakang laras.  Peluru yang diperbuat daripada rotan yang dipotong lebih kurang satu inci diletakkan di dalam laras.  Apabilah picu dilepaskan, getah akan menarik peluru keluar dari laras menuju sasaran.  Sesiapa yang menggunakan senapang jenis ini ketika bermain tembak-temabk akan seronok menembak rakan tetapi sering kena marah.

     Senapang bal pula adalah sejenis senapang mainan yang dibuat sendiri menggunakan papan, buluh, getah, bal tiub basikal dan mancis.  Senapang ini mengeluarkan bunyi letupan yang sekuat bunyi mercun, hasil tindakbalas di antara belerang mancis dengan pengetuknya, tetapi tiada peluru.  Seperti meriam buluh, ia hanya berbunyi kuat, tetapi tidak menyakiti sesiapa.

     Satu lagi senjata buatan sendiri ialah pistol.   Seperti gambar sebelah, ia bukan setakat itu sahaja.  Tetapi pistol ini boleh menembak.  Getah tiub basikal seperti lastik diikat di muncungnya manakala sebatang picu diikat di pangkalnya.  Seperti dalam rajah senapang di atas, peluru yang diperbuat daripada rotan diselitkan di bawah picu lalu disangkutkan getah lastik yang telah diikat di bahagian hadapan pistol.  Apabila picu ditekan, getah akan menarik peluru menuju sasaran.  Sama ada kena atau tidak, itu terpulang kepada kehandalan penembaknya.  Kalau kena punggung, tak apa sebab ada seluar.  Kalau kena pipi, peritnya aduhai...  Kadang-kadang tak kena, sebab peluru jatuh beberapa kaki di hadapan mangsa; getah tidak cukup tegang.

     Di posting akan datang, saya akan cerita tentang senjata yang lain pula.  Selamat membaca!

2 comments:

Kak Lin said...

Sama2 Bagi Pihak Abg Ngah & Akmal....

Anonymous said...

wah syoknye nak satu leh tak hehehehe gurau je
-mai-