Terima kasih Ibnu Shams dan Kak Lin Rosli kerana merespon. Akan menjadi inspirasi saya untuk mengemaskini blog setiap hari.
Hari kedua puasa…
Alhamdulillah dah lepas puasa hari pertama. Berbuka ala kadar saja. Seronok bertarawih bersama kengkawan di surau kampung.
Sekarang, surau terang benderang waktu malam. Surau penuh sesak dengan jemaah lelaki dan perempuan. Cahaya lampu kalimantang menerangi kawasan dalam surau Al Hadi dan melimpah hingga ke halaman. Lampu-lampu warna terpasang di cucur atap, menambah kecantikan suasana.
Dulu semasa kecil, keadaan surau tak seperti ini. Surau kelihatan tinggi, hitam, gelap (sebab lampu elektrik belum ada pada waktu itu), menyeramkan. Surau zaman dulu, diperbuat daripada kayu. Orang pun tak ramai. Budak-budak ada laa beberapa orang. Ada yang sembahyang, ada yang tidak.
Saya ada ikut Abah pergi sembahyang tarawih di surau. Budak yang tidak sembahyang, ada yang curi-curi kuih ‘moreh’. Almaklumlah, zaman itu, kebanyakan penduduk bekerja kampong. Menoreh getah. Pendapatan tak seberapa, tidak cukup untuk bermewah-mewah dengan makanan. Jadi, inilah masanya bagi mereka untuk merasa makanan yang enak. Kalau tunggu lepas sembahyang tarawih, takut tak kecukupan.
Sekarang bila difikir semula, haram tak perbuatan mencuri makan panganan semasa jemaah sedang solat tarawih sedangkan waktu jamuan adalah selepas solat? Fening kafala ana aiih…
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Sekolah swasta tempat saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 menawarkan dua kelas; kelas Melayu dan Inggeris. Memandangkan saya te...
-
The Pre University students had just ended their 'Academic Village for 2011'. They commended the initiative by saying that the...
2 comments:
huhu, dose 2
Teringat Kenangan Lama.....
Post a Comment