Popular Posts

Monday, June 13, 2011

Solat di 'Prayer Room'

     Salam.  Selamat bertemu kembali.  Terima kasih kerana melayari blog ini semasa ketiadaan saya.  Keprihatinan anda semua amat saya hargai.  Dalam posting kali ini saya akan menceritakan sedikit pengalaman saya sewaktu dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah baru-baru ini.
     Rombongan kami dari Muar dan Johor Bahru seramai 96 'took off' pukul 9.15 malam dari Singapura.  Sebelum itu kami sempat bersembahyang maghrib jama' isya' di 'Prayer Room' di Lapangan Terbang Changi, Singapura.  Mulanya saya ingatkan Prayer Room tersebut merupakan Bilik Sembahyang.  Memang benar pun bilik sembahyang.  Di dalamnya ada tempat berwuduk dan karpet merah.  Ada anak panah menunjukkan arah kiblat.  Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila membaca papan tanda di luar pintu masuk bilik tersebut.

     Tulisan putih berlatar belakang merah pada papan tanda di atas   "Multi-Religion Prayer Room"  bermaksud "Bilik Solat Pelbagai Agama".  Rupa-rupanya ia merupakan tempat sembahyang atau tempat bertafakkur pelbagai agama!  Patutlah cuma ada karpet biasa satu warna.  Biasanya tempat sembahyang telah disediakan karpet yang secara tak langsung menunjuk arah kiblat.  Satu contoh ialah gambar di bawah; bilik sembahyang (pastinya untuk muslimin; sebab ada al Quran di dinding bilik tersebut seperti yang terdapat dalam gambar) dalam Lapangan Terbang Colombo, Sri Lanka.
     Saya kira apa yang saya alami telah berjaya membuka sebahagian minda saya.  Saya berazam, lain kali saya akan sentiasa membawa sejadah supaya boleh digunakan khusunya apabila terpaksa bersolat di tempat-tempat seperti ini.  Ma'as salaama!

2 comments:

hassny said...

Dalam Multi-prayer Room tu, ada tak diletakkan lambang Salib atau Patung Hindu ? Kalau ada....lagi parah. Bersyukur kita di sini, surau utk muslim menjadi keutamaan.

Borhan Mohamed Dali said...

Nasib takde lambang salib. Kerajaan Singapura prihatin juga dengan sensitiviti masyarakat Islam. Alhamdulillah... Cuma kita tak tau setakat mana sucinya tempat itu. Mudah-mudahan tindakan yang diambil telah merujuk kepada kepada mufti Majlis Ugama Islam Singapura. Ameen.