(Posting ini adalah respons kepada komen blog hassny mengenai artikel 'Penyanyir'. ...seperti ditempat saya, budak-budak pancing ikan, tetapi bezanya ikan-ikan dijadikan hiasan malahan kadang-kadang dah dapat ditangkap dilepaskan semula ke dalam parit (tak faham kenapa budak2 kg saya buat begini). Sampai sekarang ini spesis ikan Haruan, Keli, Betik (Puyu) , Sepat dan ikan Pelaga masih ada di parit-parit keliling rumah saya.... Maaf kepada semua pembaca. Akhir-akhir ini kureng benor posting. Macam mana nak ku kuatkan semangatku untuk terus kerap menulis? Oh my God, help me!)
Hj Hassny bertuah sebab spesis ikan yang Hj sebut tu masih ada di parit-parit keliling rumah Hj. Memang parit-parit yang saya pandang di kawas yang saya lalui (Parit Raja, Parit Amal, Parit Sakai... airnya memang masih cantik seperti duluan. Memang sesuailah kalau air Parit Keroma masih lagi ada ikan-ikan yang Hj sebutkan.
Sebaliknya di tempat saya. Air Parit Mohamad tak secantik dulu, sejak ada nurseri di hulunya. Parit Mohamad diempang supaya airnya bertakung dan disedut dengan mesin. Airnya dah jadi hijau macam Increduble Hulk. Air parit depan rumah pulak, pun dah tak secantik dulu. Sekarang dah jadi parit kekotak konkirt. Macam-macam sampah terdapat di dalamnya. Sebut ajelah, pasti ada punya. Selepas air surut waktu musim hujan, banyak sampah tersangkut di batang-batang paip. Macam janggut Tok Jerumbai. Rimas menengoknya. Bebudak cari ikan pun dah tak kelihatan. Sekarang, peranan itu telah diambil alih oleh Mat-mat Bangla. Itupun tidak di semua tempat; cuma di persimpangan Parit Mohamad dengan parit tepi Jaln Bakri. Mereka ni lebih advanced; guna pukat!
" ...malahan kadang-kadang dah dapat ditangkap dilepaskan semula ke dalam parit (tak faham kenapa budak2 kg saya buat begini)" Saya pun macam Hj jugak, tak faham. Kalau tak nak ikan tu, kan lebih baik beri kepada yang mahu? Hj ke, atau saya ke, ada juga faedahnya usaha tu. Insya Allah dapat pahala lagi. Kalau ikan dijadikan hiasan tu, memang lah. Ikan emas, serta ikan yang cantik-cantik tu memang lawar dilihat melalui kaca akuarium. Ada satu lagi tujuan, yakni buat pendiding.
Abang saya dulu ikan puyu dimasukkan dalam telap, isi air. Katanya supaya toyol tak masuk. Dia rajin beri makan lalat yang telah ditangkap menggunakan penyapu lidi. Ikan tu pun suka kat dia... Yang selalu intai ialah kucing belang, sampai abang saya terpaksa tindihkan telap tersebut dengan papan. Takut kucing ngap. Malangnya, tragedi yang tak diingini berlaku juga pada suatu malam...
Waktu pagi didapati telap ikan atas almari dah tergolek atas lantai papan. Ikannya dah tak ada. Kurang asyem punya kucing, kalau ku dapat ko...
Hj Hassny bertuah sebab spesis ikan yang Hj sebut tu masih ada di parit-parit keliling rumah Hj. Memang parit-parit yang saya pandang di kawas yang saya lalui (Parit Raja, Parit Amal, Parit Sakai... airnya memang masih cantik seperti duluan. Memang sesuailah kalau air Parit Keroma masih lagi ada ikan-ikan yang Hj sebutkan.
Sebaliknya di tempat saya. Air Parit Mohamad tak secantik dulu, sejak ada nurseri di hulunya. Parit Mohamad diempang supaya airnya bertakung dan disedut dengan mesin. Airnya dah jadi hijau macam Increduble Hulk. Air parit depan rumah pulak, pun dah tak secantik dulu. Sekarang dah jadi parit kekotak konkirt. Macam-macam sampah terdapat di dalamnya. Sebut ajelah, pasti ada punya. Selepas air surut waktu musim hujan, banyak sampah tersangkut di batang-batang paip. Macam janggut Tok Jerumbai. Rimas menengoknya. Bebudak cari ikan pun dah tak kelihatan. Sekarang, peranan itu telah diambil alih oleh Mat-mat Bangla. Itupun tidak di semua tempat; cuma di persimpangan Parit Mohamad dengan parit tepi Jaln Bakri. Mereka ni lebih advanced; guna pukat!
Parit Muhammad, ketika hampir banjir baru-baru ini. |
Abang saya dulu ikan puyu dimasukkan dalam telap, isi air. Katanya supaya toyol tak masuk. Dia rajin beri makan lalat yang telah ditangkap menggunakan penyapu lidi. Ikan tu pun suka kat dia... Yang selalu intai ialah kucing belang, sampai abang saya terpaksa tindihkan telap tersebut dengan papan. Takut kucing ngap. Malangnya, tragedi yang tak diingini berlaku juga pada suatu malam...
Waktu pagi didapati telap ikan atas almari dah tergolek atas lantai papan. Ikannya dah tak ada. Kurang asyem punya kucing, kalau ku dapat ko...
No comments:
Post a Comment