Artikel ini adalah lebih kurang artikel bertajuk 'Water Closet, Toilet, Outhouse' dalam posting sebelum ini. Saya jumpa gambar seperti yang anda lihat di dalam posting bahasa Inggeris ketika melayari jaringan untuk mencari gambar tandas kampung di Malaysia. Ini adalah kerana saya teringat menggunakan 'tandas' seperti itu semasa saya kecil (lihat posting 'Sakit Perut Waktu Tarawih (1)' dalam posting bulan April), semasa saya membuat latihan praktikum dan semasa berkhidmat di satu tempat pedalaman di negeri Pahang Darul Makmur. Ada lima keping kesemuanya. Tulisan di bawah gambar "Can you guess..." membawa maksud penulis yang memuatnaikkan gambar menceritakan bahawa tempat itu adalah sebuah tandas kampung di Rusia, tiada paip air, flush. Cuma lubang jamban betul-betul di bawah 'rumah' jamban tersebut. Gadis di dalam gambar masuk ke dalam lubang jamban untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh, dibantu teman lelakinya. Berjayakah dia? Tahniah kerana dapat meneka dengan betul, tetapi tiada hadiah disediakan.
Tandas yang terdapat di Pahang adalah serupa seperti diceritakan. Apabila hendak menggunakannya, saya membalut kepala dan hidung dengan tuala, cepat-cepat masuk, dan cepat-cepat keluar lalu terus menuju sungai untuik basuh dan mandi (saya mandi di sungai sebab di kampung tersebut tiada air paip dan elektrik). Nasib baik cuma saya seorang yang menggunakan tandas tersebut. Kalau kongsi ramei-ramei, tak sempat keghin, semerbak dibawa angin...
Keadaan tandas di tempat saya praktikum ada sedikit berbeza. Terletak di sudut quarters, ia dibina sedikit tinggi daripada tanah untuk membolehkan sebuah badi diletak betul-betul di bawahnya. Setiap pagi akan datang seorang tua menuangkan isinya ke dalam bekas yang dibawanya. Apabila hendak menggunakan tempat itu, saya akan menunggu hingga rasa sudah tidak boleh tahan, membalut kepala dengan tuala, tarik nafas dalam-dalam, berlari ke dalam, 'buang' dan lari keluar (legaa...) untuk basuh.
Sekarang, adakah lagi tempat 'termenung' seperti itu di Malaysia? Mungkinkah di pedalaman?
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Sekolah swasta tempat saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 menawarkan dua kelas; kelas Melayu dan Inggeris. Memandangkan saya te...
-
The Pre University students had just ended their 'Academic Village for 2011'. They commended the initiative by saying that the...
No comments:
Post a Comment