Popular Posts

Tuesday, October 5, 2010

Pedang Samurai

Shintaro dan Tombei
Pedang Samuri
Ninja
     Salam.  Anda masih ingat drama TV Samurai?  Shintaro Atikusai dan Tombei Chikage pergi ke Pulau ... untuk mendapatkan rahsia kyushu?  Mereka menghadapi berbagai-bagai halangan daripada musuh, pasukan Ninja.  Ia mula-mula ditayangkan di Jepun dalam tahun 1962.  Di Malaysia?  Tak ingat daa... Agaknya lebih kurang time tu juga la...

     Kali ini saya akan menulis sedikit tentaang permainan yang kami lalui semasa kecil.  Main pedang-pedang.  Kami buat pedang simple aje...  Potong anak pokok getah sebesar ibu jari orang dewasa sebih kurang sedepa panjangnya.  Kikis kulitnya yang bahagian mata pedang.  Zam zam allakazam!  Dah jadi.  Nak lebih cantik, ikatkan kayu silanga sikit.  Yang lebih kreatif, masukkan tempurung dekat pemegangnya.  Kemudian main pedang-pedang.  Buat dua kumpulan.  Lawan. 

     Kadang-kadang kami buat pedang daripada papan terpakai.  Rupa bentuk macam pedang Ivan Hoe.  Fungsinya sama, cuma orang yang mempunyai pedang ini rasa bangga kerana ia lebih cantik.

     Sekali peristiwa peristiwa tu, tahun 1970, ketika sedang bermain pedang-pedang Nana tercucuk pedang dekat dengan mata kirinya.  Kelam kabut ayahnya membawanya ke hospital untuk diperiksa sementara abangnya pergi ke sekolah seperti biasa.  Petangnya bila dia balik ke rumah, didapatinya adiknya telah ditahan di wad.  Menangis dia.  Sayang nar dia kat adik kembarnya itu.

2 comments: