Popular Posts

Saturday, December 25, 2010

Azroy Shahril

     Ketika azan berkumandang di Surau Al Hadi waktu Asar semalam, saya lihat adik cilik tiba dengan basikal dari wetan surau.  Pastinya dia cucu Busu Jamat, sebab ada rupa anak Busu Tamat.

     Dia memerhatikan seorang remaja mengambil wudhu', lalu mengikut cara-cara yang dilakukannya.  Tetapi dia melakukannya tak sempurna.  Membasuh muka, tidak sampai anak telingan, tidak sampai bawah dagu.  Membasuh tangan, tidak sampai siku.  Lalu saya tergerak untuk membantunya.

     "Dik, dik, basuh muka kena rata dari anak telinga kiri ke anak telinga kanan, macam ni,"  saya beritahunya sambil meratakan air ke seluruh anggota muka yang wajib dibasuh.  Dia menurut.

     Seterusnya saya menolongnya membasuh tangan, menyapu air ke kepala, telinga dan kaki sehingga sempurna.  Sementara menanti remaja azan, dia duduk di tembok surau. 

     Saya merapatinya lalu bertanya.

     "Apa nama?"

     "Azrul".

     Azrul?"

     "Azroy"

     "Azroy?"

     "Azroy."

     "Ayah apa nama?"

     "Shahril."

     "Dah sekolah lum?"

     "Tadika.  Taun depan darjah satu."

     "Ooo, sembahyang sapa ajar?"

     "Ibu."

     Kemudian remaja tadi qamat dan kami sembahyang Asar.  Selepas itu masing-masing bubar.

Azroy Shahril, Tadika. Taun depan (2011) Jah Satu
     Siapa anak itu?  Jelasnya ia cucu Busu Tamat sebab ada rupa.  Rajin dia ke surau sembahyang berjamaah waktu asar, maghrib.  Mana ayahnya?  Kalau berterusan rajin berjamaah, mudah-mudahan ia menjadi anak yang salleh, berbakti kepada ibu bapanya, masyarakat dan negara untuk meninggikan syariat Islam yang semakin tenat sekarang.

     Rajin-rajinlah mengamalkan Islam Azroy.  Pak Cik doakan anda jadi anak salleh.

No comments: