Popular Posts

Friday, September 10, 2010

Berhari Raya Di Rumah Nenek

Vespa, macam Abah punya
           Semasa saya kecil, Abah ada skuter Vespa.  Apabila Hari Raya Pertama, Abah selalu bawa saya dan adik beradik yang lain naik skuter Vespa pergi rumah Embah (nenek) di Kampung Tengah.  Abah tak berani lalu Simpang Jeram sebab katanya ada polis.
            Abah bawa kami lalu Parit Wahid, kemudian lalu Parit Hulu.  Dari Parit Hulu, Abah nyeberang Simpang Empat depan kedai Mahpar (Mahpar tu nama tuan punya kedai.  Sekarang dia adalah bapa mertua kepada Seri, adik arwah Bang Long Md Nor Hj Anuar, Sungai Balang.  Masih hidup lagi kah, saya tak pasti).  Biasanya Emak duduk di tempat duduk belakang, manakala saya pernah berdiri di lantai skuter sambil memegang ‘handle’ skuter.  Abah akan berulang-alik mengangkut anak-anaknya.
            Jalan Parit Hulu yang kami lalui cuma jalan batu merah dekat sungai.  Abah tidak boleh menunggang laju kerana keadaan jalan yang demikian.  Dari semasa ke semasa Abah menyberangi parit-parit kecil melalui jambatan kayu yang juga kecil.  Kelilingnya semak samun.
            Rumah Embah adalah rumah kayu yang sederhana berlantai papan.  Bahagian dapurnya berlantaikan tanah.  Sesiapa yang masuk melalui pintu tidak perlu membuka seliparnya.  Di ruang dapur ada amben.  Segala aktiviti makan dan minum dibuat di sini.
            Apabila berada di sini, saya selalu terbau sesuatu yang kurang enak, bau bacin.  Rupa-rupanya Embah Jantan menggantung kepingan-kepingan getah kering di bawah bumbung ruang dapur.  Patutlah.  Atas kepala aje…

3 comments:

achik cute said...

wah..wah, syoknya naik vespa.. macam p ramlee lah pulak! dulu, masa kecik-kecik, bila jalan raya, achik mesti duduk depan, ngan mak. kalau ada polis buat roblok (road block) mesti turun bawah, nyorok kat kaki, lepas tu kena serkup dengan kain buruk. katanya, kalau polis tanya kata bawa pisang, nak balik kampung.. pehh, diriku disamakan dengan pisang satu guni. sampai gelagepen kita kat bawah tu, dah jauh berbatu-batu baru buka serkupnya, tapi tak pelah, sebab yang penting dapat ikut raya !! satu lagi, yang syoknya nak raya ni, mesti tunggu kak long balik kerja, dengan motor honda jajnya, pakai baju sejuk biru, topi keledar putih, masuk aje kat jambatan, hon!!! wah, satu kampung tau cik jah anak cikgu md balik kerja... bawa kasut adik-adiknya, bestnya. tima kasih kak long, belikan kami (achik dan adik) kasut raya!

Borhan said...

He he, JAJ 6986

Kak Lin said...

Salam....
Kak Ngah Juga Yg Tak Dapat Naik Vespa Ni....