Popular Posts

Friday, February 11, 2011

Rumah Siapa? (Bahagian Dua)

          Tempoh hari saya ada pos sekeping gambar rumah seperti di atas serta ditulis satu soalan di bawah gambar itu, juga seperti di atas.  Rumah siapakah itu?  Saya mendapat satu respon daripada Kak Ngah.  Terima kasih Kak Ngah. 

     Inilah jawapan kepada soalan tersebut.

     Rumah itu ialah rumah pasangan Mohd Dali Melan dan Tuminah Hj Sirat.  Dibina kalau tak silap saya pada tahun 1959 atau 1960.  Sebelum itu, kami mendiami sebuah rumah kecil yang terletak di hadapan rumah Arwah Embah yang lama (lebih kurang sebelah rumah Arwah Wak Surip).  Waktu itu saya masih kecil lagi.  Apa yang saya ingat sewaktu pindah, barang-barang diangkut dengan kereta lembu.  Adakah ini memang kenyataan atau imaginasi saya yang masih kecil semata-mata, saya tidak pasti.  Kalau kenyataan ini salah, tentu kekanda-kekanda saya dapat membetulkannya.

     Menurut Bang Ngah, dulu pelantaar rumah bukanlah simen seperti yang terdapat dalam gambar, tetapi lantai kayu atau papan yang mana Kak Long pernah terjatuh ke bawah.  Ekoran itu, ayah binakan pelantar simen.

     Usia rumah ini tak panjang, cuma lebih kurang dua belas atau tiga belas tahun sahaja sebelum ayah menambah bahagian hadapan pada tahun 1972 seperti yang dilihat sekarang.   Tukangnya Pak Ngah Buang (Allahyarham) dibantu Mat Tawar dari Kampung Seri Tanjung.

     Bahagian belakang juga ditambah, tetapi ditubahsuai serta ditokok tambah pada tahun 1978.  Waktu itu saya sedang belajar di Seremban.
Gambar hiasan sahaja...

7 comments:

mus said...

salam enc borhan..
tksh kerana sudi kongsi blog ini.
saya seronok membacanya..


salam dari spura
mus

Borhan Mohamed Dali said...

Terima kasih En. Mus kerana sudi mengikuti. Teruskan, komen dialu-alukan. Err, spura tu Singapura ya?

Blog SMK Tengku Mahkota Muar said...

Tahniah Hj Borhan, tak sangka baru belajar sikit-sikit namun hasilnya......marvellous. Satu paparan dokumentari yang sungguh berharga untuk tatapan generasi akan datang. Kena selalu update supaya kami sentiasa dapat cerita-certa terkini.

Borhan Mohamed Dali said...

Insya Allah tuan. Cuma semangat ni macam roda, kadang kat atas, kadang kat bawah. Harap-harap janganlah kat bawah je...

Blog SMK Tengku Mahkota Muar said...

Ok Tn Hj, kami dah link kan blog Tn Hj ini ke Blog SMK Tengku Mahkota Muar. Diucapkan terus berkarya........

Borhan Mohamed Dali said...

Terima kasih banyak tuan. Tuanlah saudara saya dunia akhirah.
Insya Allah saya akan teruskan. Doakan...

mus said...

salam enc borhan,
apa khabar...
ya spura.. tu spura
saya memang dambakan suasana kampung..
ibu bapa saya dibesarkan di sebuah kampung..
seronok mendengar cerita2 mereka..
tapi sayang seribu kali sayang.. semua itu menjadi kenangan..

blog ini banyak mengembalikan nostalgia semasa di kampung.. : )

tksh sekali lagi..

mus
sgp