Popular Posts

Friday, September 10, 2010

Petang Sebelum Raya

     Posting ini sepatutnya dibuat semalam (petang sebelum raya).  Tetapi tak dapat dilakukan.  Oleh kerana telah siap dan relevan, maka saya postkan juga hari iniMaaf zahir batin ye...


Petang sebelum raya memang sibuk sekali.  , Abah menyiapkan ketupat.  Saya tak berapa ingat apa yang dilakukan oleh adik beradik yang lain.  Badar kata dia kejar ayam sampai terk****t. 
Yang saya ingat Emak dengan Kak Long membuat kek.  Setelah mengadun, Emak akan membahagi adunan kepada dua, lalu mencampurkan dua pewarna (Emak panggil ‘inci’) yang berlainan misalnya kuning dan merah ke dalam adunan-adunan tersebut.  Kemudian Emak membubuh sehelai kertas terpakai yang dikoyak daripada buku latihan lama ke dalam periuk kecil.  Maka bermulalah sesi membubuh adunan ke dalam periuk.  Emak bubuh adunan kuning ke satu sudut di dalam periuk tersebut.  Kemudian Kak Long pula membubuh adunan merah di atas adunan yang Emak bubuh tadi.  Selepas itu, Emak membubuh lagi adun kuning di atas adunan merah yang telah Kak Long bubuh.  Demikianlah seterusnya sehingga kesemua adunan telah habis.  Kemudian Emak akan membakar adunan tersebut di dalam ketuhar buatan sendiri.
Slurrp!
Apabila Emak membelah kek yang telah siap dibakar, saya lihat warna merah dan kuning itu telah bersatu membentuk satu corak yang cantik.  Saya kagum akan hasilnya.  Baunya sedap, rasanya pun sedap.  Saya mintak lagi kek tu… entah apa namanya.  Sekarang saya tau namanya ‘Kek Marble’ (Kek guli?)