Popular Posts

Wednesday, September 8, 2010

Malam 30 Ramadhan

     Salam buat semua.  Malam ni malam 30 Ramadhan.  Belum pasti esok puasa atau raya.  Malam ni malam terakhir sembahyang sunat tarawih 1431 Hijrah.  Tahun depan belum tahu jumpa atau tidak.  Alahai...

     Semalam berbuka di rumah Andah Badar.  Tidak seperti dijangka, Abang Ghani tiada.  Dengarnya balik berbuka di Segamat.  Itulah sebaik-baiknya.  Berbuka bersama keluarga.  Bersama ibu dan ayah sementara mereka masih ada.  Kalau dah tak, hu hu ...

     Seperti biasa, daun ketupat dah siap dianyam.  Husna dan Rashidah dah belajar.  Ramai yang buat, cepat siap.  Tinggal isi dan rebus.  Insya Allah akan dilakukan esok.  Tetapi malangnya, saya bertugas esok.

     Err... terima kasih kepada Nurul menjadi 'pengikut' (follower).  Sudilah mengikuti blog hamba dan taipkan pandangan-pandanganmu.  Agar hamba dapat memperbaiki lagi performance.

Hidup ini jua hanya pinjaman
Untuk kita memilih antara 2 jalan
Jalan Rasulullah saw terangkan
Jalan Syaitan iblis gelapkan
Tiada diantara keduanya
Apakah kita masih dipersimpangan?

Berpatah ke belakang tiada mungkin
Tetapi di depan Taubat jadi pemangkin
Bila bersara disambut Mungkar & Nakir

Bila tidur selama-lamanya seorang muslim di alam kubur,
maka,
solatnya akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan disebelah kanan nya,
zakatnya diletakkan di sebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


     Daa untuk semua ...

3 comments:

Kak Lin said...
This comment has been removed by the author.
Kak Lin said...

Salam....
Pada Malam Tu Abg Ghani Berbuka Di Rumah Kak Ngah....Seronok Berbuka Ramai2....

Akhie Mujahied said...

Abes, nk wt mcm mana. Dah ada jadualnya... lagipun lambat dpt infomasi la pak uda.... maaf ye...