Ramadhan petang hari dua puluh. Malam tadi sembahyang tarawih seperti biasa. Dulu, kalau time ni para ibu dah mula sibuk membuat kuih. Di rumah, Emak suka memulakan dengan membuat kuih bangkit. Kuih ini warnanya putih, lemak, manis, enak rasanya. Anehnya, ia paling lambat habis, kadang-kadang hingga lepas musim raya. Seorang sepupu, Samsudin Salam (dipanggil Sodin) suka membawa kuih bangkit di dalam kocek seluar semasa menolong emaknya (Mak Itam) menoreh. Sambil memotong, sambil mengunyak kuih bangkit.
Untuk mula membuat kuih, biasanya Emak dan Abah memulakan dengan menumbuk gula. Mungkin ini satu pemandangan yang sukar dilihat sekarang. Di manakah gula ditumbuk? Bagaimana?
Di bawah rumah Abah, ada sebuah lesung kayu yang berat beserta dua batang antan. Sepanjang masa, lesung berada di bawah rumah, manakala antannya Abah selitkan di celah gelegar lantai. Apabila bulan Ramadhan masuk mingu kedua, Abah dan Emak akan mengeluarkannya dari bawah rumah untuk digunakan buat menumbuk gula dan beras.
Emak akan memasukkan beberapa senduk gula ke dalam lubang yang ada di lesung. Kemudian Emak dan Abah akan memegang seorang sebatang antan. Seorang berdiri di kiri lesung manakala seorang lagi di kanan. Mereka mula menumbuk bergilir-gilir, mula-mula abah tumbuk dahulu sementara Emak mengangkat antan tinggi. Apabila Abah mengangkat antan yang dipegangnya, Emak pula menjatuhkan antannya. Begitulah seterusnya, berbalas-balas tumbuk. Tindakan mereka itu menghasilkan satu bunyi berirama yang harmoni dan cukup mengasyikkan.

Apabila gula telah menjadi tepung, tumbukan dihentikan dan Emak akan mengeluarkannya dari dalam lubang dan dibubuh di atas dulang bulat yang telah dialas kertas surat khabar lama "Utusan Melayu" bertulisan jawi. Kemudian tepung gula ini akan dijemur sebelum digunakan untuk membuat kuih bangkit dan lain-lain.
Kekadang, serpihan gula akan terpelanting keluar dari dalam lubang, lalu jatuh di atas bibir lesung. Apabila ini berlaku, saya akan memasukkannya semula ke dalam lubang menggunakan sebatang sudu. ini saya lakukan semasa masih kecil. Apabila telah besar dan kuat mengangkat antan, saya mula belajar menumbuk pula.
Beli aje le... |