Popular Posts

Saturday, November 9, 2013

Farouk, Farouk...

    (Selepas mengepos artikel saya yang bertajuk 'Dulu Pergi Tahlil', saya merujuk kepada draft di dalam blog saya lalu menjumpai artikel yang baru ditulis dua ayat.  Artikel ini adalah sequel kepada posting saya yang berjudul 'Darjah Khas'.  Tanpa mengedit apa yang telah sedia tertulis, saya menyambung cerita ini.)

     Farouk mengambil keputusan untuk buang air kecil di dalam semak di bawah naungan pokok besar.  Dia pun membawa baldi berisi air dan gayung ke bawah pokok itu, memilih sudut yang selesa tanpa menghadap qiblat, lalu mencangkung untuk melepaskan hajat tanpa menghiraukan lembu tersebut.  Sebaik sahaja dia mula melepaskan hajat, lembu hitam itu mula bergerak menuju ke arahnya apabila mendengar bunyi 'baja' yang sedang disembur bagai bunyi hujan menimpa daun-daun.  Farouk fikir lembu itu mahu meragut rumput yang berhampiran, tetapi tidak, ia terus menuju ke arahnya dan hendak menyondol 'anu'nya.  Apalagi, terkejut beruklah Farouk, tetapi dia tidak terfikir untuk menghentikan apa yang sedang dilakukannya.  Sambil tangan kirinya memegang pangkal seluar dan tangan kanan menolak kepala lembu itu daripada meragut pusakanya, dia menjerit.

     'TOLONG!  TOLONG!'
Inikah lembu yang mahu menyondol Farouk?

     Kami yang sedang bersedia untuk beredar dengan basikal masing-masing terkejut mendengar jeritan itu lalu menoleh ke arahnya.  Maka kami merasa sangat lucu melihat adegan itu.  Sambil tertawa terbahak-bahak, Ahmad Sazali mara ke arah lembu itu lalu menghalaunya.  Farouk tersipu-sipu malu sambil bangun membetulkan zip seluarnya.

     Farouk, Farouk.  Di manakah dikau sekarang ini?

No comments: