Selepas waktu sekolah 14 September 2011 bersamaan 16 Syawal 1432, guru-guru SMK Tengku Mahkota telah membuat kunjungan hari raya ke rumah Tn. Pengetua yang akan bersara tidak lama lagi. Atas permintaan Tn. Pengetua, guru-guru bermarhaban diikuti dengan nazam. Antara kandungan nazam:-
Kami ini kumpulan marhaban,
Ke rumah Pengetua kami bertandang,
Salah dan silap harap maafkan,
Makan dan minum minta dihalalkan.
Ya Rabbana ya Rabbana ya Rabbana ya Rabbana
Waghfir lana dzunu bana wakaffir anna sayi aatina
Tuan Pengetua yang cantik bistari
Sebentar lagi kan tinggalkan kami
Sedih rasanya di dalam hati
Entah bila kan jumpa lagi
Ya Rabbana ...
Wahai bonda yang kami sayang
Doakan kami malam dan siang
Nasihati kami yang sangat kurang
Untuk dijadikan pedoman.
Seusai marhaban En. Mohamad Abdul Rahman selaku Pengerusi Kelab Guru tampil berucap meminta nasihat. Malangnya Pengetua menyatakan akan menjawab ucapan tersebut semasa majlis di Marina pada 18 September kelak. Demikian adanya. Wallahu a'lam.
|
GPK 1, Tn. Hj. Omar Mohd (2 dari kiri). Di sebelah kanan beliau ialah Hj Khalid |
|
Tn Pengetua (nombor 2 dari kiri). Yang tudung kuning emas tu Hjh Haliza. Yang serba biru, CC |
|
Dari kiri: Hjh Mawar, Pn Norita, Pn Norshuhadah, Pn Noraini, Pn Hjh Hasnah, Pn. Norma, Pn. Norliza |
|
Guru Disiplin: En. Mustafa (Name Tag musti pakei), Nor Azimi, Hj Md Nor, Rosyam Nor |
|
Dari kiri: En. Muhamad (GPK T6), En. Hanafiah Junior, Tn. Hj Jamali... |
|
Yang kuning kehijauan tu, Pn Norashidah Ab Ghani |
|
En. Muhamad, "Hanafiah mintak duit raya..." |
|
Aduh aduh Siti Aisyah mandi di kali ... |
|
CC dengan Hjh Haliza sedang kira duit raya... |
1 comment:
Hj Borhan bawak lagu Marhaban Retro ke...?
Post a Comment