Tak, tak bosan membacanya, malahan seronok. Untung Hj, dapat kesan awal. Minum cendol satu bungkus besar? Isy isy isy... Cendol kat Jln Sisi yang tempat Dato' Seri Najib pergi tu memang sedap. Ada kacang merah, ada pulut. Pilih je le. Mak tuan past senyum lebar kalau dia tau tuan ada menceritakan kisahnya.
Tentang doktor kata Mak tuan tak sakit, memanglah merisaukan sebab kita sedia maklum orang kita ni kekadang mengamalkan ilmu syaitan, mengenakan orang dari jauh. "Main komputer," kata bekas Pengurus Tabung Haji Muar Haji Haris Tawil semasa saya berkursus haji dahulu. "... sebab dia tekan kat sini, orang sana yang sakit..." Haji Haris menerangkan. Mak tuan memang kuat semangatnya sebab dia menderita selama setahun lalu pulih seperti sediakala.
Teringat arwah mak saya. Seperti juga Mak tuan, mak saya pun tiada selera makan mulai beberapa tahun sebelum mengakhiri kehidupannya. Makan sedikit, dah berhenti. Kadang-kadang saya bersama-sama dia dan ayah ke Tanjung Mas untuk menjamu selera. Kalau dia tak habis (memang tak pernah habis), saya yang menghabiskan makanannya. Badannya yang dulu gempal berisi, jadi kurus kering. Pilu melihatkannya. Badar, adik saya yang duduk serumah dengannya rajin membeli mee hoon sup. Walau pun demikian, seleranya tak pulih. Iya lah, itu bahagian masing-masing.
Kata pujangga, "seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak, tetapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu". Kalau kita renungi diri kita sebagai bapak (atau ibu), kita mampu memandikan anak-anak kita yang masih kecil tanpa sebarang masalah, mampu memarahi mereka kalau tingkah laku mereka "meggelke silet" :) (cakap jawa = "kenakalan anak-anak yang membuat kita sesak nafas...). Apabila kita telah merasa memandikan emak kita, barulah kita tau bagaimana seksanya mengampu tubuh mak kita yang tidak terdaya bergerak, walaupun mak kita kurus kering. Lagi satu perkara, emak kita sebagai orang tua telah menjadi lebih sensitif, membuatkan kita perlu sangat berhati-hati apabila melafazkan kata-kata. Kalau nak mengeluh pun, jangan depan emak, itulah ibaratnya. Oleh itu kata-kata pujangga di atas memang sangat benar sekali!
Saya dapat merasakan Tuan sangat bahagia dengan keadaan yang tuan lalui sekarang; setiap 3 hari dapat memberikan ibu minuman kegemarannya, dan kebahagiaan ini semakin hari semakin mahal.
Mengenai Wak Nan tu, memang saya pernah denger, tapi 'nek ketemu wong ea, orak kenal, ketabrak pun njalok ngapuro wae...'. Hebat orang tua tuh.
(Selepas saja saya selesai membaca komen Hj Hassny di dalam posting yang bertajuk 'Kasih Ibu' bertarikh 'Tuesday, May 10, 2011, saya terus saja memberi reaksi. Itu sebab saya mulakan dengan "Tak, tak bosan membacanya...". Jangan mare, he, he he...)
Tentang doktor kata Mak tuan tak sakit, memanglah merisaukan sebab kita sedia maklum orang kita ni kekadang mengamalkan ilmu syaitan, mengenakan orang dari jauh. "Main komputer," kata bekas Pengurus Tabung Haji Muar Haji Haris Tawil semasa saya berkursus haji dahulu. "... sebab dia tekan kat sini, orang sana yang sakit..." Haji Haris menerangkan. Mak tuan memang kuat semangatnya sebab dia menderita selama setahun lalu pulih seperti sediakala.
Teringat arwah mak saya. Seperti juga Mak tuan, mak saya pun tiada selera makan mulai beberapa tahun sebelum mengakhiri kehidupannya. Makan sedikit, dah berhenti. Kadang-kadang saya bersama-sama dia dan ayah ke Tanjung Mas untuk menjamu selera. Kalau dia tak habis (memang tak pernah habis), saya yang menghabiskan makanannya. Badannya yang dulu gempal berisi, jadi kurus kering. Pilu melihatkannya. Badar, adik saya yang duduk serumah dengannya rajin membeli mee hoon sup. Walau pun demikian, seleranya tak pulih. Iya lah, itu bahagian masing-masing.
Emak saya, semasa sihat... |
Emak saya (bertudung putih) yang duduk di tengah-tengah, tiga tahun sebelum kembali ke rahmatullah... |
Saya dapat merasakan Tuan sangat bahagia dengan keadaan yang tuan lalui sekarang; setiap 3 hari dapat memberikan ibu minuman kegemarannya, dan kebahagiaan ini semakin hari semakin mahal.
Mengenai Wak Nan tu, memang saya pernah denger, tapi 'nek ketemu wong ea, orak kenal, ketabrak pun njalok ngapuro wae...'. Hebat orang tua tuh.
(Selepas saja saya selesai membaca komen Hj Hassny di dalam posting yang bertajuk 'Kasih Ibu' bertarikh 'Tuesday, May 10, 2011, saya terus saja memberi reaksi. Itu sebab saya mulakan dengan "Tak, tak bosan membacanya...". Jangan mare, he, he he...)
1 comment:
Terima kasihlah Hj Borhan kerana sudi mendengar kisah ibu saya. Selain ibu, arwah mak ngah juga saya anggap sebagai ibu kerana arwah sangat menyanyangi dan memanjai kami 3 beradik waktu kami kecil dulu (mak adalah anak sulung, maka kami merupakan cucu sulung dalam keluarga). Nanti saya ceritakan pada Hj Borhan di lain keluaran.
Post a Comment