Popular Posts

Wednesday, September 14, 2011

Cari dan Jumpa!

 Salam.  Dah lama tak bersua di alam maya.  Saya ingin respon sedikit tentang komen Hj Hassny melalui artikel 'Menyahut Cabaran 2'.  Di bawah adalah petika komen beliau.


     "Cuma saya amalkan suatu amalan yang dapat merangsang mood saya sentiasa dalam keadaan 'inquiry' dan mengelak kebosanan iaitu amalan "setiap sehari (kalau tak larat seminggu pun boleh) saya mesti pelajari sesuatu yang baru (perkara positif)".

 
Berdepan dengan sikap dan perangai pelajar yang tak berusaha untuk menjadi pandai dan rutin kerja seharian kadangkala menyebabkan kita cepat bosan dan mood menurun. Dengan menulis blog seperti ini atau mengupload lagu-lagu nostalgia sekurang-kurangnya dapat merangsang mood kita agar kita sentiasa bersemangat dan bangkit dalam apa jua kerja yang kita lakukan."


     
     Perenggan satu menunjukkan sikap baik (positif) yang patut ada pada setiap manusia.  Ini bertepatan dengan ajaran Islam; 'hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam', 'tutntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad', dan lain-lain kata hikmat.  Saya teringat seorang pensyarah saya menceritakan kisah dirinya sendiri semasa memberi kuliah di sebuah universiti luar negara.  Dia menceritakan ...


     "Saya tengok dalam banyak-banyak students tu, ada seorang orang Mat Salleh tua duduk di tempat duduk belakang dewan kuliah memerhatikan saya dari mula sampai habis.  Saya berfikir dalam hati, 'Barangkali orang ini seorang pegawai yang dihantar oleh pihak universiti untuk memantau saya.'  Setelah para pelajar meninggalkan dewan, dia masih di situ.  Lalu saya mendapatkannya dan bertanya,


     'Excuse me Sir, who are you?'


     'I am your student!' jawab orang putih itu seolah-olah terkejut dengan soalan saya."


     Demikianlah nilai murni yang ditunjukkan oleh orang putih.  Orang kita pun boleh menunjukkan sikap begitu.  Tepuk dada tanya imaan...


Tuan Haji Chuari Selamat
     Berdepan dengan sikap pelajar pula, (tentulah pengalaman seorang guru) memanglah memeningkan kepala dan kadang kala membuat bacaan tekanan darah kita meningkat, atau pun menghilangkan 'mood'.  Satu jalan keluar daripada stres itu ialah apa yang dibuat oleh Hj Hassny.  Itu namanya 'you need to work and play'.  'All work and no play makes Jack a dull boy.'  Apabila kita dah rasa tepu dengan suasana yang sedang kita hadapi, kita alihkan perhatian ke tempat lain dahulu untuk menyegarkan kembali minda kita.  Barangkali itulah sebabnya Bekas Pengarah Klasik Nasional Tuan Haji Chuari Selamat bertungkus lumus menyediakan satu medium (Klasik Nasional - malar segar) untuk orang-orang lama supaya minda dan emosi mereka sentiasa segar menghadapi beban tugas yang tak surut-surut.  Dia sangat sedar bahawa jiwa 'orang lama' tak dapat menerima trend hiburan yang digilai oleh anak muda zaman sekarang sedangkan hiburan tetap perlu untuk mereka...
    Untung Hj Hassny ada simpanan lagu untuk diupload dan dikongsi bersama saya dan peminat malar segar yang lain.  Tetapi saya lagi untung sebab tak perlu mengupload tetapi dapat mendengar.  Walau bagaimanapun, saya tak dapat 'skill'  mengupload lagu, cuma ada 'skill' mendownload lagu saja.  Kira oklah tu. daripada tak dapat langsung.

     Akhir kalam, selamat meneroka sesuatu yang baru di alam maya!

4 comments:

hassny said...

Wah!! gambar Chuari Selamat. Saya memang peminat Chuari. Sewaktu beliau bertugas sebagai juruhebah radio dulu, saya memang ternanti-nantikannya. Sebab lagu-lagu yang diputarkan ke udara memang 'ngam' dengan jiwa saya.

Borhan Mohamed Dali said...

Lagi satu, rancangan 'Berbalas Pantun'. Dia jadi pengerusinya. Best dia mengacarakannya; siap ada gurau senda lagi. Hidup Chuari!

hassny said...

Betul tu, Chuari Selamat memang sinonim dengan Berbalas Pantun. Mana tidaknya, saya yang memang tak suka pantun tiba2 jadi suka dengar rancangan Berbalas Pantun kerana Chuari yang mengacarakannya. Kalaulah kita jadi macam Chuari kan bagus.....murid tak suka subjek ini tetapi bila kita ajar, semua murid jadi suka.......

Borhan Mohamed Dali said...

Kena berguru ngan Chuari Selamat tuh.