Popular Posts

Friday, January 21, 2011

Salah Masuk (Bahagian Satu)

     Kadangkala kita tak sengaja melakukan perkara yang tak sepatutnya kita tak buat.  Ekoran daripada itu, kita terpaksa menerima apa yang berlaku kemudian, sama ada kita terlepas daripada sebarang tindakan ataupun dihukum.  Apa-apa yang berlaku, kita akan senyum sendiri apabila mengenang kembali apa yang telah kita perbuat.

     Di dalam empat perenggan berikut, saya akan menceritakan satu daripada dua pengalaman tersalah masuk tandas.

    Di tempat aku belajar dulu, setiap blok fakulti adalah terdiri daripada bangunan empat tingkat.  Di hujung setiap tingkat ada dua buah bilik air; di hujung utara sebuah dan hujung selatan sebuah.  Kalau di hujung utara tandas lelaki, di hujung selatan adalah tandas perempuan.  Jika di aras satu hujung utara tandas lelaki, aras dua adalah tandas perempuan, aras tiga lelaki dan empat perempuan.  Sepanjang masa berkuliah, bilik kuliahnya berubah-ubah.  Sekejap di sini, sekejap di sana.  Oleh itu, setiap pelajar perlu berhati-hati apabila hendak menggunakan tandas terutamanya waktu kuliah sedang berjalan sebab tandas lengang ketika itu.  Kalau waktu antara kuliah, kemungkinan untuk tersalah masuk tandas perempan bagi lelaki hampir nil kerana ramai orang keluar masuk tandas, kita dapat membezakan lelaki dengan perempuan dengan sekali pandang sahaja.

     Maka adalah sekali peristiwa kuterasa hendak buang air semasa mengikuti kuliah.  Mulanya kutahankan sahaja keinginan itu sehingga waktu selepas kuliah.  Namun perasaan itu semakin lama semakin mendesak sehingga aku sudah tidak boleh menumpukan perhatian kepada kuliah yang disampaikan.  Peluh sejuk sudah mula merembes keluar.  Akhirnya ku tergesa-gesa bangun dan berjalan pantas ke bilik air yang tidak berapa jauh.  Tiada orang yang kujumpai di sepanjang perjalanan.  
Ini bukan tandas dalam cerita ini, tetapi tandas lelaki di sebuah sekolah

     Sampai di tandas, kutolak pintu lalu masuk.  Di hadapanku ada dua deret 'cubicle' tandas di kiri kanan laluan yang sentiasa terjaga kebersihannya.  Aku terus menuju ke tandas pertama dan mula termenung.  Sambil buat 'bisnes', mataku liar membaca graffiti di pintu yang berada di hadapanku.  Nyata sekali para pelajar bukan sahaja menunaikan kehendak jasmani di tandas tersebut, tetapi juga melayan gejolak nafsu remaja dengan menconteng pintu tandas dengan gambar-gambar dan kata-kata nakal seolah-olah dua insan sedang ber******h.  Kubaca dialog-dialog tersebut satu persatu sehingga tiba-tiba ku terperasan bahawa dialog-dialog itu seolah-olah diconteng oleh kaum Hawa, bukan kaum sejenisku.  Kacau.  Adakah tandas ini tandas perempuan?  Aku cuba mengingatkan kembali gambar di pintu sewaktu kumasuk tadi, adakah gambar lelaki atau peremuan, namun gagal.  Kalau aku ditangkap kerana berada di tandas wanita, habislah aku.  Liau!  Mana nak sorok muka dengan pensyarah-pensyarah , Pn. Sarimah Yusof, Pn. Rosila Manap, Dr (cantik) Azizah, penyelaras kursus, Dr Najib.  Isy isy isy...

     Ketika itulah aku terdengar bunyi tumit kasut menghentak lantai tandas dengan kelajuan sederhana dan irama yang tetap serta mengerikan, seolah-olah pemilik bunyi tersebut mengetahui aku ada di dalam dan cuba menakut-nakutkan aku.  Dadaku berdebar-debar. 

1 comment:

myluv nurazreen said...

sir..i want to know..something is playing in my mind..the story is so funny..hehehe..get caught in the end???