Popular Posts

Friday, December 24, 2010

Salah Sendiri

     Semalam 18 Disember 2010, berusaha ke rumah bonda selepas tahlil di rumah Wak Fatimah menemui adik beradik yang telah sampai dari kediaman masing-masing.  Dapat bertemu enam adik beradik bersama keluarga masing-masing.  Tiga lagi belum sampai, barangkali masih dalam perjalanan.

     Selepas itu, melawat kedai gunting baru Saiful
Apa nama kedai guntingmu, Saiful?

     Selepas itu, rewang di rumah Romli, jumpa Apar di sana.

     Pagi tadi ke Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam bersama Ketua Kampung menghadiri majlis Karnival Sukan Rakyat.  Tergesa-gesa balik walaupun majlis belum selesai kerana hendak rewang di rumah Romli (Lik) yang menyambut menantu.  Kereta Badar ada parking depan rumah.

     Di rumah Romli, nampak Apar, Yazid, Kak Long, Kak Ngah dan Bang Ngah.  Ingat dalam hati nanti nak ke rumah Mak menziarahi mereka lepas rewang.  Semasa rewang, menguap tak sudah-sudah.  Selepas rewang, balik ke rumah untuk baring-baring dulu (badan letih be...).  Sedar-sedar, jam dah menunjukkan angka 6.15 petang.  Bergegas sembahyang asar lalu keluar rumah.  Kereta Badar dah tak ada.  Terus ke rumah Mak.  Malangnya...
Lampu tepi terpasang

Sayu

Tiada orang

Lampu depan je...
Ni kenapa tak tutup?
     Rumah itu tiada orang.  cuma lampu tepi rumah saja yang terpasang.
   
     Sedih rasa
     Hati di dalam....

     Mereka dah balik rupanya...  Saya berjalan mengelilingi rumah.  Senyap aje.  Hanya lampu tepi dan depan saja yang terpasang.  Saya llihat pintu stor terbuka.  Dalamnya kosong.  Jelas sekali usaha sedang dibuat untuk mengemaskannya.  Saya pun tutup pintunya lalu kembali ke rumah.

     "Cepat balik?  Kata nak jumpa adik-beradik di rumah Emak?"  Rubi tanya.

     "Dah balik.  Dah terlambat."

     Padan ngan muka aku.

     Teringat waktu di Bukit Serok dulu   Hari minggu terpaksa meninggalkan kemeriahan suasana di rumah Emak (yang dalam gambar di atas) untuk kembali ke kuarters guru Bukit Serok.  Sampai di sana, duduk di anjung menghadap ke sekolah di hujung sebelah sana padang, berlatarbelakangkan bukit.  Sebelah kanannya sungai Keratong.  Tak berorang.  Radio Transistor menyiarkan ruang kenangan yang dihoskan Juruhebah Azmi Rais Noor.  Sayu.

     Sekarang, terpaksa tinggalkan kemeriahan di rumah Mak kerana urusan di tempat lain.  Bila kembali, kemeriahan itu sudah tiada lagi.  Haru.

2 comments:

Unknown said...

Lepas Jemputan Singgah Umah Mak Jap..Lepas Terus Ke Hospital Ziarah Nana...

Borhan Mohamed Dali said...

Tahniah!