Dalam posting 8 Disember 2011, saya telah menulis tentang temuduga di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, Bukit Baru, Melaka, dua hari sebelum Hari Raya Aidil Filtri 1976. Hari berikutnya, saya menghantar Kak Long menghadiri temuduga bagi jawatan yang sama.
Rezeki saya, saya ditawarkan jawatan Kerani Pelajaran di Sekolah Dato' Bentara Luar (SDBL), Batu Pahat manakala Kak Long tidak. Saya bersyukur sebab mendapat jawatan itu tetapi sedih kerana Kak Long terpaksa menunggu lagi.
13 Januari 1977, saya menunggang skuter Vespa JC2551 milik ayah saya ke SDBL yang terletak di Jalan Lim Poon setelah membuat tinjauan awal bersama-sama Romli beberapa hari sebelum itu. Saya sampai waktu pagi. Dengan perlahan-lahan penuh sopan saya mengetuk pintu pejabat yang ada di tingkat bawah sambil menjenguk ke dalam. Seorang wanita manis mendongak lalu bangun mempersilakan saya masuk sambil tersenyum manis yang menggetarkan perasaan muda saya. Inilah wanita yang saya temui semasa tinjauan tempoh hari. Berasal dari Kampung Parit Pinang Seribu, Muar, namanya Cik Siti Rosmah bte Hj Tahir.
Beliau lalu mengarahkan saya untuk memulakan kerja. Kerja pertama yang perlu saya perlu lakukan ialah menaip gaji staf akademik sekolah atas sebuah paysheet besar. Terkial-kiallah saya menaip angka-angka gaji guru-guru. Walau pun saya mempunyai sijil menaip, tugas yang sedang saya lakukan itu adalah sangat mencabar sebab itu pengalaman pertama saya selain daripada kenyataan bahawa menaip angka-angka lebih susah daripada menaip huruf-huruf. Apatah lagi apabila menggunakan mesin taip (waktu itu komputer belum ada di sekolah-sekolah Malaysia). Lagipun, saya tidak boleh tersalah taip gaji orang lain. Aniaya karang...
Cik Siti Rosmah sentiasa memperkenalkan saya kepada setiap guru yang masuk ke pejabat. "Kenalkan, kerani baru, Borhanudin..." Begitulah lebih kurang kata-katanya semasa memperkenalkan saya kepada guru-guru Sekolah Dato' Bentara Luar. Cikgu-cikgu akan menghulur tangan untuk bersalaman, dan saya akan menyambutnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
Ramai rupanya guru-guru SDBL ni. Ada Melayu, Cina, India. Yang paling rami adalah Melayu. Antara nama yang masih saya ingat ialah Paiman Hussein, Kadir Bawok, Ruba'ie Sulaiman, Mashudan Kamar, Mahadzir (India Muslim) dan Chan.
Di satu sudut pejabat, 'Budak Pejabat' atau pun juga dipanggil 'peon' duduk di atas kerusi dengan senang hati. Namanya Rahim. Sekali pandang, macam samseng. Mukanya masam. Takut saya melihat akan gelagatnya.
Tengah hari pertama saya bekerja, datang pelayan makmal bernama Senin ke pejabat. Dia telah diarah untuk membawa saya ke rumah Ustaz yang mengajar di sekolah ini. Saya bakal bersama-sama Ustaz tinggal di rumah sewa ini dengan berkongsi membayar sewa bulanan selama saya bertugas di sini. Rumahnya tidak jauh dari sini, di Jalan Lim Poon juga.
Petang itu selepas kerja, saya kerumah sewa saya. Saya berbual-bual dengan Ustaz yang berasal dari Kelantan itu. Dia mengatakan bahawa sebelum saya datang, dia tinggal berdua dengan seorang guru lagi yang saya belum sempat jumpa, sebab guru tersebut masih belum pulang dari kampung.
"Saya sebenarnya tak mau ambil awak tinggal dengan saya, tapi En. Arif (nama Guru Besar SDBL. Waktu itu masih dipanggil 'Guru Besar'. Sekarang dipanggil 'Pengetua') suruh saya ambil juga". Itulah antara kata-kata Ustaz yang membuat saya terkejut. Walau bagaimana pun saya tidak lahirkan perasaan itu.
"Awak boleh gunakan tempat tidur Cikgu ... (saya tak ingat nama Cikgu itu)," tambah Ustaz itu lagi.
"Terima kasih," jawab saya, tetapi saya bertekad tidak akan menggunakan tempat tidur Cikgu kawan Ustaz itu.

Sekolah Dato' Bentara Luar, Batu Pahat |

No comments:
Post a Comment