Popular Posts

Friday, December 2, 2011

Tazkirah Selepas Solat

     Sekali peristiwa waktu sedang berwudhu' untuk solat zohor di sebuah surau di tengah-tengah sebuah bandar, saya mendengar suara seorang jemaah memberi tazkirah selepas solat kepada jemaah lain berkenaan pentingnya solat fardhu, kesempurnaan dalam melaksanakan solat dan lainnya.  Tazkirahnya sangat kuat dan jelasa kerana jemaah tersebut bercakap menggunakan mikrofon.  Sambil berwudhu' saya mengikuti tazkirah tersebut dengan khusyu'.
Gambar hiasan

     Selesai berwudhu' saya masuk ke dewan solat untuk bersolat jama' taqdim zohor dan 'asar.  Selain daripada saya, ada beberapa orang lain sedang bersolat.  Berdekatan dengan tempat imam kelihatan seorang anak muda sedang membaca kitab dengan kuat.  Suaranya memenuhi ruang solat kerana dia menggunakan mikrofon.  Beberapa orang jamaah sedang khusyu' mendengar tazkirahnya.  Inilah tazkirah yang saya dengar semasa sedang berwudhu' tadi.  Masih lagi berlangsung.
Pemuda sedanag memberi tazkirah.  Dekat dengan kamera, beberapa orang sedang solat.

     Saya cuba tumpukan perhatian saya terhadap solat yang sedang saya lakukan tetapi cukup sukar kerana bunyi suara pemuda tadi sangat kuat.  Seusai solat, saya merenung jejak bertubuh kurus itu sambil mengenang satu komentar yang diluahkan oleh Encik Hamim Abdul Rahim (bekas pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Muar) kepada saya selepas kami sembahyang subuh di sebuah masjid dekat Parit Yaani semasa dalam perjalanan ke Johor Bahru.  Ketika itu Imam sedang berwirid menggunakan mikrofon manakala beberapa orang musafir seperti kami sedang sembahyang subuh.  Kata Encik Hamim "... sepatutnya Imam tidak perlu menggunakan mikrofon untuk berwirid kerana mengganggu tumpuan orang yang sedang solat."  Bila difikirkan, betullah apa yang diperkatakannya.
     Berbalik kepada pengalaman saya tadi, pemuda kurus tadi mengingatkan para jamaah supaya menjaga kualiti solat, tentunya solat yang khusyu' mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada yang tidak.  Dalam usaha kita untuk menyebarkan syiar dan syariat Islam, tanpa disedari kita telah mengganggu orang yang sedang solat.  Apakah hukumnya?
     Merujuk kepada kata-kata Encik Hamim, mungkin pemuda kurus tadi boleh memberi tazkirah ba'da solat tanpa menggunakan mikrofon.  Lagipun orang yang mendengarkannya tak ramai...

No comments: