Salam untuk semua. Selesai sudah majlis perasmian Balai Raya Batu 6 Bakri di Taman Medan Ahad yang lalu. Tok Ketua Kampung Batu 6 Bakri seronok bukan main...
Paginya (Ahad 07 November 2010) bercadang nak menziarahi Kak Wook yang sakit paru-paru berair di Hospital Kajang. Lebih kurang pukul 9.00 pagi berziarah ke rumah abah. Kak Long serta keluarga, Dik Badar, Dik Muzaf (Mak Usu) dengan anak-anaknya, Dik Yazid dengan Hannaan yan Mannaan ada di sana. Dapat panggilan telefon daripada Dik Noriah yang sedang berada di Kuantan menyatakan bahawa Bibik Musiah meninggal. Inna Lillaahi wa innaa ilaihi roji'uun...
Segera bersiap untuk ke ziarah arwah Bibik. Sampai di Kampung Alai lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Suasana muram menyelubungi kawasan rumah Bibik. Saudara mara telah ramai di sana tetapi adik beradik lum sampai lagi.
Olit, Zai, Shaari, kelihatan sibuk mengurus sesuatu. Kelihatan Paman Tunjang dan Paman Seman antara ramai yang hadir. Itulah saja adik-beradik Emak Samingah dan Bibik Musiah yang masih hidup. Semoga dipanjangkan umur akan mereka ini.
Dik Noriah dan Cikgu Sabrin serta keluarga sampai tak lama kemudian. "Hujan sepanjang jalan dari Kuantan," katanya. Wah, tak lama lagi Johor pulak banjir!
Van jenazah sampai lebih kurang waktu zohor. Selepas zohor, jenazah Bibik dibawa dengan van ke surau Kampung Alai untuk disembahyang dan kemudian dikebumikan di kuburan yang berhampiran manakala saya, Rubi, Nabiilah dan Rashidah bergerak meninggalkan Alai. Singgah makan di Batu Anam selepas solat zohor di Masjid Kampung Tasek Sudah pukul 2.00 lebih, cuma ada nasi putih lauk ayam goreng tinggal dua ketul, ikan keli. Sayur tak dak, cuma kuah daun ubi masak lemak. Mee hoon sup lagi tak de. Inipun sudah bagus sebab perut dah bergendang rock kapak, kepala dah mula berdenyut. Makan nasi dengan lauk telur mata kerbau yang 'pegerai' (pelayan gerai) goreng. Kongsi lauk ayam goreng dengan isteri. Teringat masa baru-baru kawen dulu. Heh, heh, heh... Dah makan pekena air teh o kosong. Prrgh...
Perjalanan di lebuhraya tak berapa lancar sebab banyak kenderaan. Almaklum cuti Deepavali lama. Singgah di Seremban turunkan Nabiilah dan di Nilai ambil Husna. Sampai di Hospital Kajang jam 7.00 maghrib.
"Waktu melawat dah abiss," kata Pak Cik Jaga di depan.
"Awak tunggu dulu saya lepaskan orang keluar ni dulu," kata Mak Cik Jaga di dalam blok Wad, dengan telor sedikit keJawaan. Dia orang Jawa Serom Tiga
Saya dan Husna sembahyang maghrib dahulu. Sementara menanti Husna siap, saya melihat keliling kawasan surau Hospital Kajang. Bangunan hospital adalah bangunan lama, sempit, macam Hospital Segamat yang lama di mana Bang Ngah pernah menjadi penghuninya tiga puluh tahun yang lalu, dan Rubi dua-puluh dua tahun yang lalu.
Hospital Kajang ini saya kira sudah patut mendapat bangunan baru di satu lokasi lain, macam Hospital Segamat sekarang. Bangunan lama jangan dipecahkan kerana mempunyai nilai-nilai nostalgik tersendiri, seperti juga Hospital Segamat yang lama. Alangkah indahnya kalau itu terjadi...
Di luar pagar Hospital Kajang, kelihatan deretan bangunan tinggai. Tertulis di atas salah satunya 'Restoran Melayu' (saya dah lupa nama restorannya, tapi bunyinya Melayu), di sebelahnya satu perusahaan orang melayu. Kalau tak silap, semuanya kepunyaan orang Melayu. Saya teringat Hafizah anak Kak Wook kerja memandu bas sekolah milik suaminya membawa budak-budak sekolah pagi dan petang. "Lori pun dia bawak," kata Sudin, suami Dik Ani. Di Sungai Ramal dan Bandar Baru Bangi seperti yang saya lihat, banyak lot rumah kedai milik Melayu. Saya rasa di tempat-tempat lain dalam negeri Selangor pun demikian juga senarionya. Sejuk rasa hati.
Di dalam wad 3 Tingkat 4, kami dapat menziarahi Kak Wook sekejap. Bukan saya berhasrat nak melihat auratnya, (minta maaf kepada suaminya, Encik Mat), tetapi itulah kali pertama saya melihatnya tanpa tudung labuh hitamnya. Rambutnya seperti juga tudungnya, hitam, tak ada uban walau sehelai pun dalam usianya 53 tahun.
Balik dari hospital, kami singgah di rumah Ani Sudin. Lepas makan nasi dengn 'jangan bening karo iwak goreng karo sambal lombok rawit', kami meneruskan perjalanan ke Nilai menurunkan Husna dan sampai di rumah sepuluh minit sebelum dinihari.
Balik semula ke sarang. Ahh... All's Well That Ends Well.
Shares fond memories of the good old nostalgic days, light and easy, before electricity lighted our nights, tv came into our houses, paraffin lamps put aside to accumulate dust, computers came into view; let alone internet, facebook, blog... Wondering if my English Russia friends and English friends from Secret Seven's Peter, Janet, Pam, George, Colin, Jack, Barbara and Scamper (dog which likes to lick and munch and gobble) experienced such adventures, which I reckon 'Of course they did...'
Popular Posts
-
Sekolah swasta tempat saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 6 menawarkan dua kelas; kelas Melayu dan Inggeris. Memandangkan saya te...
-
The Pre University students had just ended their 'Academic Village for 2011'. They commended the initiative by saying that the...
1 comment:
Salam....
Takziah Daripada Kami Sekeluarga...AL-Fatihah.
Post a Comment